Monday, December 12, 2011

LESEN

assalamualaikum semua..

hari ni cerita pasal lesen. rasanya aku ketinggalan tentang info lesen ni. kan kan? tapi apa dulik..aku nak cerita gak.. ngeh3

nampak tak tu??? hehe.. semua lesen akan expired pada tarikh birthday kita... yeyeyeyehh!!
kenapa suka sangat tu?? sebab..aku nak mintak hadiah renew lesen. tak perlu lah nak bagi hadiah yang mahal-mahal. hadiah renew lesen pun boleh..... ^_^

SEKIAN...

Tuesday, November 15, 2011

life saya as a student akan busy mulai hari ini.

research method.

ekonomi straregi.

ekonometrik.


and i'll going start looking a topic for my final year project.
rasa takut. tapi ada kawan-kawan.

YOU CAN DO IT.

Saturday, October 29, 2011

CUTI CUTI SEM



hye u alls..

cuti kali ini penuh dengan jalan-jalan. padat jadual aku. setiap hari keluar. macam batu pahat ni besar jer... haha


sebab kamek bawak balik budak sarawak. ni lah zhiana. tunjuk gambar dari tepi jer ae. belum minta izin nak tunjuk muka. dari tepi jer. haha.. korang tengok patung tu je lah.



::::: catur bistari hari tu , kami kalah. tapi kami tak pulang dengan tangan kosong sebab kami dapat timba pengalaman yang banyak. aku jadi banker untuk kumpulan pecah amanah dan bizther eleventh. yang otai-otai dan hebat tu.. menggigil tangan pegang kad. tapi buat muka otai juga lah. haha... Tahniah juga buat kumpulan Speechless dari kolej kelima. good luck untuk ke pertandingan peringkat IPT. korang boleh!





Saturday, October 22, 2011

PISANG GORENG PLUS SAMBAL KICAP


hye semua.

kali ni , aku balik lambat. sebab ada pertandingan interkolej Catur Bistari. chayok!! kumpulan V-STARZ boleh! jika kemenangan berpihak kepada kami , Alhamdulillah ... jika tidak , itu bukan lah rezeki kami. tapi kami dapat timba pengalaman. Alhamdulillah juga.. sebenarnya , mood sekarang adalah nervous. yer... saya nervous. walaupun pertandingannya esok pagi. tak sampai 24 jam lagi. harap tak ada sebarang kesilapan yang aku buat. tapi sebagai banker yang bagus , aku kene lah tuuuuutttt kat peserta kolej lain. jahat tak? haha... kepada player V-STARZ , korang memang boleh dapat title JUTAWAN. sebab korang dah berusaha.InsyaAllah ada rezeki , ada ... kan kengkawan.. ^_^



lihat pada hadiah jer. ngeh3..


banyak pulak aku membebel.





nampal tak tu ? itu pisang goreng. kalau dipekenakan dengan sambal kicap mesti umph! sedapnya... tapi kat bumi serdang ni , aku tak jumpa pun pisang goreng dicecah dengan sambal kicap. sebab.. negeri Johor jer yang makan macam tu. bagi mereka mungkin pelik. sebab kengkawan aku yang datang dari negeri lain pun pelik.

hehe... masa sem 2 , mak dan abah aku nak beli pisang goreng di sri serdang. dah siap beli , mak aku pun tanya. ''dik ,ada sambal kicap tak? " dan dengan muka pelik , adik tu pun jawab , "sos adalah kak. kicap memang tak ada."

okay... nasib baik plat kereta negeri Johor.

tapi , kalau sup letak sambal kicap pelik tak?

okay lah. bye2 semua... ^_^

:: eh! tadi kitorang terserempak dengan bloger yang femes. mr zack zukhairi. tetapi malanganya , saya tak perasan. nad cakap barulah aku sedar. lalu sebelah kitorang jer. hampeh.

Friday, October 7, 2011

MR. BEAN aka ENGLISH









Mozambique?
terkenyit-kenyit si Bean.




the killer cleaner @ ''nenek rock''
sangat sinonim dengan Vakum.


5 star. dari awal sampai habis..tak boleh berhenti ketawa.




bak kata Boboiboy .. TERBAIK!

Thursday, September 29, 2011

RUMAH MANIS RUMAH


hye. Assalamualaikum.
lame tak up-date. sebab tak tau nak update apa.
esok balik rumah.



sekian. wassalam n bui bui.

Saturday, August 20, 2011

NEW EPISODE


tak lebih dari 3 minggu jer lagi , kita yang bergelar student ni akan balik ke tempat asal nya. balik ke gua masing-masing.. lepastu , bertapa lah korang kat sana selama 4 bulan. cuti sem yang sangat panjang ni akhirnya habis dengan aktiviti yang ''berfaedah''. betul tak semua?

yer! saya sangat setuju!

apabila kita berada di rumah , kita akan rindu kat ''gua'' kita. apabila kita berada di ''gua'' , kita akan rindu kat rumah kita. well.. saya dah biasa dengan perkara macam tu. haha..

hidup sebagai seorang student:::


ayam berkokok menandakan pagi! pergi jumpa cikgu memasing kat kelas!





wake up please!!!!!!!!!!!



gosok gigi ramai-ramai kat toilet! haha.. hmm
'bangun pagi gosok gigi
gunalah kodomo lion'



naik bas beramai-ramai...walaupun terpaksa berdiri. janji dapat pergi kelas! oyeh!


fokus kat dalam kelas! tak nak satu pun tertinggal.



group discussion. kalau ada... haha



tetapi! haha..

pada hakikatnya.. tidaklah SEskema ini life seseorang student! terima kasih!

bui bui bui semua...


Thursday, August 4, 2011

STANZA CINTA


hari tu , aku pinjam novel yang bertajuk STANZA CINTA daripada jiran aku. PINJAM okay. sebab aku tak minat sangat novel tu. aku mula tertarik nak baca novel Stanza Cinta sebab drama kat TV3. drama bersiri tu diadaptasi daripada novel STANZA CINTA yang ditulis oleh Nurull Halawati. novel ni sangat berkisarkan kepada agama. sambil kita membaca sambil tu kita dapat menimba ilmu. aku sanggup tunggu kat depan rumah jiran aku masa maghrib semata-mata nak pinjam novel tu. haha.. sebab budak tu carik novel tak jumpa-jumpa. =p


" Ya ALLAH , bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik rusukku?" :: STANZA CINTA


kat dalam novel ni jugak banyak kata-kata hikmah. ini adalah antaranya.. malas nak menaip..

"seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai , maka cintailah sesuatu yang kamu cintai"

"siapa yang tidak mahu mencicip manisnya cinta tidak akan dapat menikmati kehidupan ( Ibn Qayyum al- Jauziyah)"

"aku suka penyakit kerana ia menjadi penebus dosa-dosa ku , dan aku suka miskin kerana menyebabkan aku semakin bertawaduk kepada Tuhan ku , dan aku suka mati kerana rindu aku kepada Tuhanku (Abu Darda)"


kalau nak diikutkan jalan cerita kat dalam novel dan drama tu memang ada yang berbeza, tak 100 % sama. kalau nak tahu , baca sendiri. huhu..



okay..bui2 korang..







HATIMU MILIKKU

salam RAMADHAN.. Assalamualaikum..


tetiba aku rasa rajin nak meng-update blog. sekarang ni kan banyak masa free.. hehe..

dan tetiba pulak malam RAMADHAN yang ke 4 ni , aku terasa jiwang pulak. haha.. jiwang?! erk.. tak adalah..


Pernahkah engkau hargai

Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Bagai bahtera yang dilanda badai

Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Aku coretkan kenangan

Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini


sebab aku masih menunggu kau.

bui2 semua... ^_^

Friday, July 22, 2011

BEKERJA!



hye semua..

cuti sem yang panjang. so , kerja part time menjadi pilihan. aku dapat kerja cashier yang hari-hari akan jumpa macam-macam kerenah customer. ada yang cerewet , gedik , berlagak , baik pun ada.. selalunya customer cina yang berperangai pelik macam ni. sebagai pekerja yang sangat baik hati dan berdedikasi , aku mesti sabar. yes!




tapi pernah satu hari tu , aku dah tak dapat menahan kesabaran aku. tapi tak ada lah aku sampai hempuk customer tu. haha.. aku buat muka. jahat kan aku.. habis.. aku penat.kaki aku sakit. muka aku dah tak macam orang dah. haha.. masa tu member day. aku dah cakap , yang kad kredit tak boleh guna buat masa ni. sebab line busy. kau paham tak BUSY! kalau nak guna sangat, tunggu setengah jam. okay? customer kat belakang dah beratur panjang. dia ni , tak ada sifat bertimbang rasa ke? so , aku pun tanya, kalau-kalau dia ada cash. alah..bukan banyak pun. RM145.00 jer kot. dia kata ada. tapi pada masa yang sama , dia cakap aku ni BAD ATTITUDE! ada ke patut? i cakap sama lu , bahasa yang baik lu tau tak?! gilak punya olang! cipanzi!


cipanzi lagi comel!


ada pulak tu , customer yang tak paham bahasa. masa member day , ada certain barang yang limit dua sahaja yang boleh beli dengan hanya menggunakan kad yang sama. maksudnya , kalau dia teringin gilak nak beli barang tu , beli esok ar. komputer dah set maa... kalau lu mau sangat ini barang, lu bayar harga mahal. okay? ini orang macam nak mintak i " kaf alif kaf ya"

tapi , ini lah semua ragam manusia. bila kerja macam ni sebagai seorang cashier kita akan dapat satu pengalaman baru. dapat belajar sesuatu. kesabaran itu penting! haha.. tapi kekadang berbatas!

ok. bui2!


Sunday, May 29, 2011

CERITA PASAL KERJA

Salam guys.. =)

masuk hari ni dah hari ke-5 aku kerja. nak tau kerja apa? haha.. shhhh.. biarlah rahsia. malas nak kecoh2 kat blog ni. (erk..gedik..)

alah..kerja kat PACIFIC jer. sebenarnya malas nak kerja.tapi disebabkan cuti yang teramat panjang ni , tak kan lah nak dok terperap kat rumah jer. menghabiskan duit kan bank tu jer.. oh!! tidak!! kesian duit tu. haha.. so , wajib bekerja! dapatlah aku tambah duit poket. duit shoping. duit huha. hehe..

kerja ni akan seronok kalau bos kita pon ok. tapi bos aku tak ok. dia K.O . kulang asam.. dia tak akan bagi muka kat budak baru macam aku ni. okay..tak apa.. aku tak kesah. ni lah orang Melayu.. pangkat tinggi sikit , tak pandang pon budak bawah-bawah macam aku ni. hampeh gilerr... bukan nak membantu ke apa. apa yang aku tengok , bos aku yang Cina pon tak sombong macam tu. senyum..peramah..first day kerja , dia tanya nama sambil senyum. kan ada semangat budak baru macam aku ni nak kerja.. berbeza dengan Melayu. macam mana Melayu nak maju. bangsa sendiri pon tak nak bantu. hishh..

tapi maybe dia nak aku kerja lama-lama baru dia okay kot. kita tengok dalam masa sebulan ni. bweeekkkk!!

kalau si bos tu baca blog ni kan bagus. haha.. tapi sory yer bos! ni jujur aku cakap! kita sepatutnya layan sama rata. bukan pilih kasih! tak payah nak berla...tetttttttttttt.. haha




Wednesday, May 18, 2011

BULAN MEI


Assalamualaikum semua..

lamanya tak meng-update blog 'comel' ku ini..
aku nak ucapkan

  • happy birtyday to my mak . yang ke-44. tarikh yang chhhannnntik... 4.5.67. happy2 yer mak.. saya sayang MAK saya.



  • happy mothers day
  • happy teachers day
  • dan banyak lagi happy untuk bulan 5 ni. hari buruh ada, jururawat ada , hari belia pon ada. beruntungnya bulan mei ni. eh.. hari bapa pon ada gak ek.... lupe2.
er..hari Syuhaidah tak ada ke??

okay lar. see u.... ^_^


Thursday, May 5, 2011

ERR... -__-


Hye semua! first entry bulan MAY. time exam ni lah yang membuatkan diri kita jadik macam.....


  • tangan nak tecabut
  • nak pecahkan pala
  • pinggang sakit disebabkan duduk yang terlalu kat atas kosi
  • mata macam nak terkeluar sebab penat ngadap tulisan
  • tapi kerja mengadap laptop tetap ada..




apa sengih2?? kerja menyetalk makhluk di muka bumi ini. betul tak? eleh..nak tipu.. stalk orang memang seronok. haha.. tapi ada limit yer uncle auntie..

apa yang seronok sangat stalk orang::

  • kita nak tahu sesangat pasal orang yang kita suka. walaupun kita tak pernah bertegur sapa. dapat tau pasal khabar dia jadik ler.. nak buat macam mana.. itu jer boleh buat..







  • kita nak tahu pasal orang yang kita menyampah. tak suka. ha! jangan nak ngelat pulak. i tahu u alls ni suka bab ni. "ewww.. menyampah nye kat mamat/ minah ni... eh2! tapi ape dia buat sekarang ha?? " eleh! macam i tak tau.. macam ni lah korang kan.. hahaha..

  • stalk budak yang suka kat kita.. hehe.. ada tak? konon tak suka. tapi dalam hati sape yang tahu? poyo jer.. " eh! aku tak suka kat dia lah. geli jer mamat tempe ni... " ayat cover.
STALKING PEOPLE IS FUN! er..haha.. ada limit!

:: 8 hb Mei.. sayonara..

Saturday, April 30, 2011

KEPADA ENCIK RAMLEE


Hye semua.. ^_^

Mood kite hari ni sangat happy. Kite rasa sangat bahagia.. Haha..

Geli jer kite-kite ni.

Bagi penutup 30 APRIL 2011 iaitu bulan kelahiran aku , walaupun ada gembira dan ‘duka’ .. adoi!! yang penting......................kite happy!

hari ni aku dapat berita gembira!!


nampak tak gambar atas tu?? tu yang buat aku happy.. dapat autograf dari RAMLEE AWANG MURSHID!! sebenarnya aku tak pergi pun. nad @ Q yang pergi.. tak dapat amek gambar dengan dia. jelez!

kalau aku jumpa Ramlee..

kepada RAMLEE AWANG MURSHID::

saya sebenarnya memang minat dengan novel encik Ramlee ( haha..apa aku nak panggil ek) . Saya minat dengan cara encik Ramlee menulis. lain daripada novel lain yang hanya bercerita pasal cinta-cinta-cinta- dan cinta. novel ni thriller +cinta + fantasi. novel yang paling saya minat , novel UNGU KARMILA. ada unsur seram. saya minat seram-seram ni. walaupun saya ni penakut. gaya penulisan encik Ramlee telah membawa saya ke alam lain. (ehem! aku ikhlas!) novel ni ada elemen seram + mistik + cinta + konflik keluarga.
saya akan terus menyokong RAMLEE AWANG MURSHID.

sekarang aku ada 3 novel encik Ramlee yang belum aku baca. nak buat stok untuk cuti sem. haha..

MARI TANAM BUDAYA MEMBACA 'NOVEL'

Assalamualaikum...



Saturday, April 16, 2011

TENYUM ^__^


''bibir tersenyum , hati terguris''

wah!! gitu.. sebelum mulakan study .. aku nak post sesuatu.

senyum adalah pengubat segalanya. tapi kekadang aku tak dapat senyum. senyum dengan muka ketat. haha.. sebab aku tengah runsing , geram , sedih , pelik , dll.. perasan tak?? macam gambar kat bawah ni lah.


''hidup ini SEMENTARA.tak perlu lah kita nak BERMUSUHAN , BERDENDAM , BERDENGKI. Yang akhirnya membawa KEMUSNAHAN kepada diri kita sendiri. Sinarilah KASIH SAYANG bermula dari kita sendiri''














LUMRAH


sakit menyakiti
benci membenci
dengki mendengki
menyampah menyampahi
meluat meluati
kau sakit , aku sakit
kau rasa adil? entah..

*walaupun tatabahasa tidak betul. maaf bahasa Melayu.



semua ini adalah sifat manusia
akan aku cuba elak kesemua sifat ni. insyaALLAH..
semoga DIA menebal-nebalkan sifat sabar dalam diri aku.
Amin~~

pedoman :: teringat ayat kat buku di MPH. '' kawan yang tidak memaafkan kesalahan kawannya adalah lebih besar kesalahnnya daripada kawan yang melakukan kesalahan ''



Tuesday, April 12, 2011

13 APRIL



hye u'olsss..
aku dah kata kan aku tak nak buat post baru. tapi aku kene buat jugak. last untuk bulan April ni.hehe...

tanggal 13 April 1998. haha
itu birthday aku..



terima kasih kat kengkawan aku yang sudi buat birthday party untuk aku. aku happy sesangat.

untuk roomate ::
kamu kah yang tok ketua plan semua ni??? terima kasih banyak2. love u so much!! aku mintak sorry sebab malam tadi.. =)

untuk emy n nad::
korang memang terbaik bab menconteng krim di muka ku. muka aku dah licin selicin krim. aku suka sangat sebab dapat facial treatment percuma. i like!! huhu..

untuk fara::
suka tengok kau lari macam lipas kudung. hahaha.. kesian handset kau tercampak kat depan bilik nad. jajan roller coester terabur kat depan bilik dia. padan dengan muka nad kan? nasib baik kau tak terjatuh masa lari kat tangga. maaf.. aku sempat kejar kau jer.

untuk baity dan sara::
korang adalah paling wanted dalam tahun 2011.

untuk fatin , ida , dayah , gee ::
terima kasih korang. sebab datang celebrate sekali birthday aku.hehe..

kesimpulan::
terima kasih semua sebab ingat birthday aku. sayang korang.. ^__^


:: umur dah meningkat lah. banyak lagi yang belum dapat. hehe..

Sunday, April 10, 2011

PENGAKUAN SAYA



Hye semua..
Hari ni baru balik dari kampung ter-CHENTA.
tak sia-sia aku balik kampung. hehe.. sebab nya...............

*saya jumpa pakwa saya... sangat seronok. saya rindu giler kat dia. dia pun rindu kat saya. saya tahu.. kami sesame memendam rasa. lama dah tak jumpa. kami jumpa kat BP MALL.. ramai orang nak jumpa dia, tapi tak apa. saya paham situasi dia. dia busy jer memanjang. saya sebagai awek dia , kena lah paham situasi dia. kan.. kita perlulah saling memahami supaya hubungan kami kekal sepanjang hayat kami.

*kali ni saya tunjuk kat semua muka pakwa saya. sebab dah lama saya nak bagi tahu..tapi segan. sekarang , saya dah bersedia.



ha.. ni lah pakwa saya yang saya katakan tu. ramai kan orang nak amek gambar dengan dia. sebok jer.......


haha.. okay dah. penat merapu.
ni Fahrin Ahmad.. selaku pakwa saya. hahaha..
dia datang BP MALL untuk promot GARNIER. lelaki punya ya. bukan untuk wanita.
hensem nya dia. senyuman dia... adoiiiiiiiiii... +_+

aku tak dapat nak amek gambar dengan dia. kalau dapat amek gambar dengan dia , "alangkah happy nya saya" .. hahaha.. letak profil pict fb selama setahun. tapi tak ada rezeki. malas nak beratur panjang-panjang. buang masa.. hehe..

gambar atas ni jadual final exam aku. good luck semua..

ASSALAMUALAIKUM. tak akan update blog sehingga habis final exam. fulstop!

tatatatatatata semua......... ^_^




Wednesday, March 30, 2011

HONEY BEE

hye semua.. kenyit mata sikit.. ;)



suka madu? saya tak suka. hehe.. mak dulu selalu suruh minum madu. dia kata baik untuk budak sekolah macam saya ni. lepas tu , elok untuk orang yang batuk-batuk. katanya..

khasiat madu lebah selepas aku menilik kat internet::
(aku copy n paste yang penting jer khasiat madu lebah tu. hehe.. sebenarnya banyak lagi khasiat madu lebah ni)

WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.


oh..patut lah mak suruh aku makan madu.. sebab dia nak anak dia cantik.. (perasan sekejap)
terima kasih emak. saya sayang sangat kat emak. haha..

so , bagi sesiapa yang nak jadi jelita dan tampan bolehlah beli madu. beli madu yang asli okay. mesti lepas aku post benda ni , berduyun-duyun pergi cari madu lebah. hahaha..

kenapa Honey Bee??
untuk pengetahuan semua pengikut saya , ''honey bee'' ni bermaksud madu lebah. (mesti korang tahu kan..hehe ) dalam Islam , nama Syuhaidah bermaksud Madu Lebah. suka tak? haha..
manis jer.semanis orangnya. saya memang sweet.. ^_^

okay.. mekaceh sebab sudi baca saya punya blog...

ASSALAMUALAIKUM..

Monday, March 28, 2011

Count on Me - Bruno Mars



::You can count on me 'cause I can count on you

Saturday, March 26, 2011

MERONG ... 5 STAR!


Hello everyone.. (macam nak buat outline BBI2421)

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mac 2011
Lokasi : The Mines

Semalam aku dengan kengkawan aku ( Emy ,Sya , Nad ) tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. akhirnya aku dapat jugak tengok cerita ni. dari tahun lepas nak tengok. huhu..sebab trailer dia best giler.. haha..

cerita nya macam ni..

Empayar Rom dan Empayar China ni nak bersatu. nak kahwinkan Putera Rom dengan Puteri China kat tengah-tengah perjalanan iaitu pelabuhan yang dikenali sebagai Langkasuka. pastu Merong ni bawak.. bla bla..
kalau nak tahu tengok sendiri... lalala

kalau nak tahu , Langkasuka ni sebenarnya terletak kat Pattani Kedah. wujud tempat ni..bukan tak wujud.. ada orang kata tak wujud. huhu.. Langkasuka ni kerajaan Hindu Melayu yang terletak di Semenanjung Malaysia. kira ni sejarah negeri Kedah ar.. ni semua kisah benar belaka. tiada yang benar melainkan yang benar...


gambar atas ni :: buku HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


rasa nya rugi kalau tak tengok.. dalam cerita ni ada dimasukkan lawak sikit , cinta.. semua ada..
pastu sejarah..



gambar atas ni:: watak yang aku suka. ni lar bab cinta-cinta tu..

gambar kat atas :: Kemawas.. jahat giler die ni. korang tengok mesti geram kat die. perkataan yang paling ingat :: " tudung saji dan empayar" hahaha..

KRU melabur RM 8 juta tu.. pastu ditayangkan kat negara lain. kan gempak tu.

"sampai masa tibanya waktu , redup hati kaum berdua ,
bila dua jasad bersatu , hidup mati kita menjadi bersama"

cewahhh!!!!

sekian , Assalamualaikum... :)



Friday, March 18, 2011

CANTIK KE TIDAK??


Alo Alo Alo...
Syu di sini....
ehem! ikut Fafau okay.hehe..

Cantik ke Tidak?? Cantik cakap cantik.. Tak cantik cakap tak cantik.. Aku boleh terima apa yang kau cakap. aku tak kisah.. sebab aku ni bukan boleh tutup mulut kau. terus terang jer. aku ni tak akan melenting tak tentu pasal. tolong lah cakap.. Cantik ke idak?? beautiful or ugly?? huduh ke?? cuba komen sikit.

ha...............

ha..............

cuak korang... ingat aku apa hah? nak cari gaduh ke? haha.. aku nak cerita pasal layouts baru aku ni. bukan nya apa pun.



cantik ke tak layouts baru aku ni?? cantik tak?? ala-ala pantai gitu. jom pergi picnic!!

kalau dulu layouts aku hitam kelabu jer. macam sepi jer.. sekarang dah tukar.. sempena nak bulan April ni. aku tekan kan sekali lagi. sempena bulan April ni okay. haha.. nak final.. bulan April kan final exam. buat-buat ngerti ya ibu bapak.. haha..

sekian. ASSALAMUALAIKUM.. :)








Friday, March 11, 2011

KISAH KARIPAP



hALOOO everybody..

pagi yang cerah berada di kampung halaman. menghirup udara segar.. haha..
kampung aku bukan kampung sangat..haha.. depan rumah ni. dah macam-macam transport yang lalu. jet , kapal terbang , kereta kebal tak payah cakap lah. semua ada...hahahaha..

over kan? abaikan..

korang semua suka karipap tak? suka karipap inti ape?? daging? sardin? kentang? ayam?? ape lagi inti yang ada??



nak tahu satu story tak? haha.. aku nak cerita pasal karipap..

pernah tengok cerita kat TV2 tak? pasal cerita hantu karipap?? bukan hantu sangat pun. apa ek tajuk cerita nya.. BILIK NO 13 kot.



cerita nya tentang karipap daging manusia..haha.. ada dua orang pasangan suami isteri ni tinggal kat hujung kampung. kebetulan ada dua orang couple ni enjin kereta diorang mati.. then , diorang pun pergi ke rumah mak cik dan pak cik ni untuk mintak bantuan dan nak menginap semalam jer. pastu , mak cik ni hidang kuih karipap. perempuan ni cakap kuih karipapmak cik tu sedap sangat.. haha.. tau apa initi nya?? daging manusia lah.. haha.. pastu pakcik dan mak cik ni bunuh lelaki tu. diorang cincang..dan cincang .. dan cincang... tapi perempuan tu terselamat. perempuan tu lah yang akhirnya bunuh si mak cik dan pak cik tu.. last-last , perempuan tu yang gila... haha.. the end~

kisah no 2 pulak. kisah ni tentang aku. korang jangan gelak., senyap-senyap sudah..

hari tu aku pergi pasar malam dengan baity , fara , emy , dan sara. pasar malam kat Serdang tu ada jual karipap panas. tak tahu lah sedap ke tak. aku tak pernah rasa.. ni pun eton yang kirim aku. dia nak karipap seringgit. seringgit dapat tiga biji. kalau zaman dulu-dulu beli karipap seringgit dapat 5 biji. sekarang kan dah moden.. barang pun mahal-mahal..

aku dan fara pergi beli karipap tu.. masa pergi tu ramai orang.. penuh.. huhu..

fara nak karipap sardin. eton aku beli kan karipap kentang.

"bang. nak sardin ngan karipap ae. seringgit. "

" sardin ngan kentang?"

"yer. sardin ngan karipap.."

erm... korang perasan tak? aku cakap sardin ngan karipap kan??
hahaha.. aku malu.. orang tengok aku.. warghhh!! malu.. ramai pulak tu. apa yang kau fikir ni syu???

aku pun tak tahu.. buat muka slumber jer lah. apa nak buat.. fara diam-diam jer yer.

okay.. Assalamualaikum.. ^__^











Saturday, March 5, 2011

FINALLY..



AKHIRNYA.. aku berani buat perkara yang telah lama aku ingin buat
AKHIRNYA..aku mempunyai kekuatan untuk melakukannya
AKHIRNYA..aku berjaya melakukan!!
AKHIRNYA..aku telah mengenal apa itu si bintang yang jauh nun di atas angkasa

tak tercapai namun dapat disentuh..
tak terlihat namun dapat sekilas pandang..

FINALLY.. ^___^

emosi pada waktu ini :: penat bercampur emosi yang gumbira.


Sunday, February 27, 2011

HAMPER



sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni dah lapuk dek telan zaman. dah berhabuk. dah berdebu. dah berkulat. dah reput. dah tak pakai. haha..

cerita nya camni... al-kisah....pada suatu hari...haha..

tak ada lah. HAMPER. dalam bahasa lain hamper hadiah yang ada makanan kat dalam tu. hehe.. kitorangn dapat hamper.. besar punya. sempena kemenangan CATUR BISTARI kitorang... ehem! nak bangga sikit..haha..



dapat individu mata tertinggi yang disandang oleh Cik Sya kite... kumpulan tertinggi yang dimenangi oleh kumpulan VISTA. itu lah nama kumpulan kite. ececeh... ^____^ (senyum lebar k)

RED TEAM @ VISTA

hamper ni lama tak bukak-bukak. kami busy masing-masing okay! huhu.. hidup sebagai seorang student ni memang macam ni. haiiiii...



apabila hamper itu dibuka pada hari ini iaitu 20 Februari 2011 pada jam 3 maybe.. bilik aku penuh dengan makanan pulak. haha.. mai kawan-kawan datang makan.. eh eh!

sebenarnya makanan jajan-jajan sume ni kami punye..kamu tak boleh. haha.. terajak tadi...hehe..

tetibe rindu nak tengok hamper besar kat tepi aku. haha..dah tak ada penghalang antara aku dan rumet..haha..

sekian..

p/s :: tahun ni tak ade 29 Februari. tahun depan ade. kesian abang saya sebab tak dapat celebrate birthday.. haha.. ingat lagi masa tahun 2008. dia sedih sebab semua family terrrrlambat wish kat die. hahaha.. ye lah.. 4 tahun sekali.. cian abang saye.. walaupun tak ade..umur kau tetap 23 tahun ni.jangan nak perasan tak ade. haha..

Thursday, February 10, 2011

RAYA CINA


hari raya cina dah lepas. aku baru nak wish kat korang semua yang meraikannya.. hehe..

GONG XI FA CHAI!
mau angpau!


pernah beraya kat rumah orang cina? aku pernah lar dulu sekali. rumah kawan aku..nama dia Lim Xin Yi. itu lah orang cina yang pertama aku pergi. selama ni , memang tak pernah pun. huhu... masa aku form 5. dia yang jemput datang rumah dia.

Xin Yi tak ade dalam pict ni.. hehe.. ini kawan cina yang lain..


aku pergi dengan kawan baik aku , Yana. sekarang Cik Yana ni dah jadi tunang orang. aku bila lagi ek??? wahhhhh... tak terlintas kat kepala otak aku.

Orang cina tak ada hidang ketupat pun..haha. memang lah. dia just hidang kacang-kacang , gula-gula , limau mandarin , keropok , air gas. itu jer... borak dengan family diorang. peramah...

pastu nak balik, kite dapat angpau..............!! mak dia kasik.ye ye ye!! hahaha.. dapat satu beg kecil yang ada jajan , limau , gula-gula. isi angpau tu adalah rahsia............



tapi sekarang dah tak beraya lagi. haha... tak contact dia pun. lama dah tak jumpa. huhu..

okay.. TQ.. ;)

KITE MALU.....



Saya minat die! fullstop! haha..
sewel kan?




minat dan suka lain tau. minat ni macam kita minat kat seseorang artis tu. yang kita puja-puja tu..haha.. tapi aku bukan puja si dia tau! korang jangan salah anggap. serabai jer kalau aku puja orang! haha.. minat gitu-gitu jer.. erm..macam kita ada secret admirer kat sekolah dulu. haha.. kelakar kalau ingat balik. tak sukeeeeeeeeeee... sebab aku pun pernah minat budak kat sekolah aku. tapi tak ada lah sampai pas-pas surat cinta.. haha.. dak sekolah kan selalu buat macam ni. biodata lah..huuuuuuuuu... setakat minat diam-diam dan kita pendam dalam hati.shhh... jangan cakap dengan sape-sape tau.



suka pulak lain maknanya. sebutannya pun dah terang dan nyata lain.haha... sudah terang lagi bersuluh! betul tak?? apa punya bahasa aku guna ni. suka ni merupakan perasaan kita suka seseorang berdasarkan karakter mereka. maybe sebab dia happy jer memanjang. ataupun , seronok apabila berkawan dengan mereka. tapi tak ada lah sampai kita jatuh cintan sama dia.. huuu.... ada juga orang yang tak faham apa maksud suka ni. suka ni bukan sama dengan cinta dan sayang.. apa da............ suka sebagai kawan!

setiap manusia mempunyai perasaan ini. kalau tak ada, itu dipanggil tak normal. baik korang pergi jumpa doktor pakar sakit jiwa.

okay.sekian. Assalamualaikum...










Tuesday, February 1, 2011

SITUASI DALAM BAS

28 hb Januari 2011- aku balik bp dengan sedare aku iaitu cik Ain. bas Mayang Sari jam 4.30 petang di Terminal Bersepadu Selatan. Bas tu jer yang ada. yang lain belum ada lagi. Okay lar servis die.. macam kat Airport. Aku pun tak pernah lagi naik flight. haha... terasa lar jugak.. tapi kesian kat cik sya.. hehe.. ada lah.. ^__^ erm..dapat jual tak cik sya??? jahat aku nih! haha.. masa ni mesti cik sya dengan cik eton ngah jejalan kan.. jeles i tau..! =)



okay..berbalik kat story aku. bas bukan datang on time. lambat jugak.. ish... dah lar bas tu bukan ke batu pahat terus. tapi die singgah muar . lepas bp singgah pontian. lambat kan.. adoi ai!

situasi dalam bas. macam ni kisahnya.. aku duduk kat belakang. 2nd last lah. pastu bas mayang sari ni , singgah bukit jalil dulu sebelum teruskan perjalanan. amek orang kat bukit jalil. kan susah macam tu. buat lambat jer. kire bertolak pukul 5 lebih lah. sampai bp pukul 9 lebih. lambat banget!

kat bukit jalil ada lah anak beranak ni. sorang mak dan anak perempuannya. duduk belakang aku. apa yang aku nak cerita ni bukan memburuk-buruk kan si anak. tapi , ambil iktibar lah.. macam jahat sangat jer si anak tu yang aku nak story kan? bukan... si anak okay jer..

cuma dia agak kasar sikit kat si ibu. cara dia cakap. suara yang tinggi. depan orang ramai. mungkin pada si ibu , dia dah lali. tapi , pada pandangan khalayak ramai, apa pendapat mereka?

macam aku pulak yang nak mintak maaf kat si ibu..


"mak cik..saya minta maaf bagi pihak anak mak cik yer..."

haha.. sopan giler tak? tak kan lah aku nak buat..

pesan bagi yang kat luar sana tu.. jangan lah kasar dengan orang tua. walaupun mereka bukan mak bapak korang..hormat la beb.. kesian tau. mungkin si anak perempuan dah terbiasa dengan si ibu macam tu. tapi depan orang janganlah.. hang kan perempuan. ingat tuh! nanti tak de orang nak masuk minang kang... ayokkkkk... hahaha...

tQ..assalamualaikum.. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...