Sunday, November 28, 2010

TUTORIAL KETUPAT


walaupun raya haji dah 2 minggu berlalu, tapi aku baru jer nak makan ketupat. hari ni bertarikh 28 November 2010 aku makan ketupat...haha.. jakon kah? kebetulan jer..

kisahnya.. semalam kitorang balik kampung sebab my abah nak potong pokok kelapa atok aku yang dah nak tumbang. senget dah pon. tunggu masa jer.
daun ketupat kan dari pokok kelapa..so disebabkan aku dah PRO menganyam ketupat ni , aku pon buatlah. haha.. dalam hati teringat.. " raya haji hari tu, aku tak makan ketupat mak masak pon..erm.. " haha..

sambil buat ketupat tu , my Mak Usu mintak aku jadi tutor ketupat dia..

" akak..mak usu tak pandai buat ketupat lah.."

"em..meh akak ajar..sini mak usu "

aku pun ajar mak usu aku menganyam ketupat..



"mak su nak ketupat jenis apa?? "

"mak su tak kesah..janji jadi."

haha...aku cuma tahu 2 jenis jer..tanya mak su aku macam aku tahu banyak jenis jer..haha

"okey mak su..ni pegang macam ni.. ha.tengok akak buat ni mak su.. "

"macam mana ni kak..!#@%$**(("

1 jam kemudian

"aduh akak..susah nya buat.tapi akak ajar mak su step jer lah ae. nanti mak su try buat kat rumah. sebab akak nak balik nanti.."

"okey mak su.."

hehe...selama 1 jam aku menjadi tutor ketupat. tetapi student aku tak dapat lagi....!! apa ni honey!!!!! tapi tak apalah. sebab mak usu aku dah tahu step. cuma tak dapat pegang dengan betul. biasalah first time.mestilah kekok...

sebelum aku balik..

"selamat belajar mak usu.." sambil salam mak su aku..

"haha..saja jer kau akak... "
sempat aku bagi semangat kat student aku. raya puasa tahun depan insyaALLAH mak su aku dapat buat. go go mak su!! ^_^






Saturday, November 20, 2010

RESEPI KEKALKAN BFF (BEST FREN FOREVER)


Aku baca benda ni dari majalah REMAJA. saja nak share kat semua yang tak beli majalah REMAJA...huhu.. aku pun nak share-share kat kengkawan aku... oke oke? ^_^
okeh. resepi-resepinya ialah :


1 ) 'TONG SAMPAH'

semua masalah tak kira lah masalah sekolah atau kolej , kawan , pakwe atau pun makwe dan family korang , sahabat tak pernah jemu untuk mendengar. Ada pulak sahabat sanggup bangun mendengar masalah korang pada waktu tengah malam. sahabat bukan sekadar 'tong sampah' malah sahabat juga akan menunjukkan rasa simpati terhadap masalah korang. Ini bermakna komunikasi dua hala sedang berlaku.. yeahhhh!! terbaik lah...dapat kurang beban... =)

2 ) KITA & PRIORITI

Seorang sahabat juga akan menemani korang ke mana jua..tak kira lah sama ada aktiviti yang dirancang ataupun tidak dirancang. tanpa banyak soal, sahabat akan menemani korang walaupun dia ada plan lain. tapi kalau sahabat korang tu ada plan yang lebih penting , jangan pula korang kacau plan dia..huhu.. kesian pulak.. :)

3 ) JUJUR LAR BEB..

contoh lar kan... "syu, kau nampak gemuk kat bahagian kaki lah. ish..tak cantik.." . ha...kenyataan ini memang kejam. tapi korang perlu bersyukur sebab ada kawan yang 'cakap lepas'. sekurang-kurangnya korang boleh berdiet. korang tak perlu beli seluar yang ketat-ketat. huhu.. percayalah..walaupun sahabat cakap macam tu, maybe itu merupakan teguran yang boleh korang improve diri korang... betul tak?

4 ) MULUT BERKUNCI

ini sangat penting!! sahabat lah yang berkongsi segala gosip dan masalah. namun, apabila korang menyentuh hal peribadi, seolah-olah mulut mereka terkunci. ini bermakna sahabat setia akan menyimpan segala rahsia peribadi korang..

5 ) STEADY

huhu..ini bab yang aku suka.. contoh nya : tiba-tiba korang cancel kan janji dengan sahabat korang. tapi sahabat korang tak kisah pun..dia tak ambil hati sikit pun...
contoh ke dua : korang ketawa kan sahabat korang sebab pakai baju terbalik. dia tak tersinggung pun dengan tindakan korang. huhu.... cuba bayangkan kalau korang ada sahabat yang mudah tersentap hanya kerana korang tak ajak pergi makan dengan kawan-kawan yang lain..??? menjengkelkan tak??

6 ) HAPPY

paling seronok jika sahabat korang asyik buat korang tertawa.setiap kali korang bercerita, ada sahaja lawak jenaka yang nak diceritakan. lagi bagus, kalau ada sahabat yang mampu membuatkan korang lupa masalah lampau..

7 ) PENASIHAT TERBAIK

ketika korang buntu dah tak tahu nak buat keputusan, si sahabat sedia memberi nasihat yang terbaik. sehingga si sahabat boleh menyenaraikan keputusan yang boleh korang ambil.

8 ) MURAH HATI

murah hati ni bukan bermaksud meterialistik atau memilih.. tapi sahabat yang murah hati boleh membantu korang di kala korang terdesak. tengah tak ada duit... bukan bererti korang boleh minta-minta sesuka hati.tu namanya mempergunakan duit orang..

9 ) RAMAH

sahabat korang ramai kawan??? jangan lah jeles sebab sahabat korang ramai kawan.. korang boleh suruh sahabat korang perkenalkan kepada korang.jangan ragu-ragu.. maybe korang pun boleh kamcing dengan diorang.. tol tol??


itu sahaja resepi nya.. persahabatan maybe dianggap 'simple'. namun untuk meneruskan kemesraan perhubungan tu, adalah sesuatu yang sangat sukar.

thanks der coz baca... ^_^

Friday, November 19, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI


semenjak hari tu, aku tak balik. hari tu.... ada lah dalam 3 minggu...hehe.. lama kan. aish.. rindu kat mak abah memang tak terkata. bagai tinggi menggunung. bagai gunung berapi mahu meletus. jika mahu diukur dengan tali tape pun tak cukup. kene sambung beribu ribu milion milion panjangnya...hehe... rindunya.. *ayat hiperbola


hari ini bertarikh 20 November 2010, aku akan pulang ke kampung halaman yang jauh dari tempat aku menuntut ilmu. mencari ilmu biar ke negeri China. hehe.. tapi bukan di negeri China. Negeri Selangor. hm....

kepulangan yang dinanti...
aku naik bas. tak tau pukul berapa. tak kisah lah...huhu..

sekadar gambar hiasan..


mak abah tunggu kat basten Batu Pahat oke. sebelum malam sampai lah.... =)



Wednesday, November 17, 2010

LOVE AND FRIENDS

Apa itu Cinta??

Cinta adalah kasih sayang.
Cinta adalah tanggungjawab.
Cinta adalah impian.
Cinta adalah LOVE..

Jika kita ingin berlari, belajarlah berlari dahulu.
Jika kita mahu berenang , belajarlah berenang dahulu.
Jika kita mahu dicintai, belajarlah mencintai dahulu..



~CINTA ITU BUTA~


Apa itu KAWAN?

Kawan adalah teman.
Kawan adalah teman di waktu berduka.
Kawan ibarat tangan dan mata.
Saat mata menangis, tangan lah yang menghapuskannya.
Saat tangan terluka, mata akan menangis..






*************************************************************************************


kisah LOVE AND FRIEND


Suatu hari, Cinta dan Kawan berjalan-jalan di sebuah taman. Taman itu terdapat sebuah perigi yang dalam. Sedang asyik berjalan, Cinta terjatuh dalam perigi itu. Kerana Cinta itu Buta.

Kawan segera menyelamatkan Cinta. Kerana Kawan sanggup melakukan apa sahaja demi Cinta.

Apabila Kawan sampai di dalam perigi, Cinta hilang. Kerana Cinta itu halus. Cinta sukar dicari apatah lagi di dalam perigi yang sangat gelap dan dalam.

Kawan terus mencari dan mencari Cinta. Walau di dalam perigi yang entah ke mana arah tuju. Kerana Kawan sejati setia menunggu.

RESIDENT EVIL

pernah tak anda anda semua terfikir nak jadi superhero? aku pernah.. aku nak jadi 'alice' watak kat Resident Evil. biarlah..aku nak jugak berangan.. :p

best nya kalau dunia ni memang betul-betul ada orang yang macam tu. ada BATMAN, SPIDERMAN , CICAKMAN, KLUANG MAN... tapi kalau macam tu polis tak banyak buat keje lah.ish2..tau2 orang jahat dah ada kat dalam lokap.kalau macam tu, semua orang jahat takut nak buat jahat. haha..semua baik-baik ek.

cerita resident evil ni pasal Alice yang pada mulanya orang biasa jer..tapi lepas tu dia kena tangkap ngan Umbrella Corp. Umbrella ni jahat..Umbrella ni jugak yang buat Alice jadi terror.ntah macam mane tah. apa yang dia letak tak tau lah.. huhu.. pastu Umbrella corp ni juga lar yang buat semua orang jadi zombi... WAARGGGGGGHHHHHH!! AKU NAK MAKAN DAGINGGGG!!!! WARGHHHH!!!
hahahaha....

kenapa suka watak ALICE :

1) gaya itu penting..




tu tengok..ada gaya tak? macho ar..walaupun dia girl..suka tengok gaya. pegang senapang..pistol..wahhh..minat..

2 ) keberanian

haha..resident evil ni lawan zombi. alice ni berani lawan zombi. dia tak takut pun kene gigit ngan kene makan. hehe.. walaupun dia tu perempuan, dia tetap selamatkan orang daripada kene gigit ngan zombi. gentle nya ...haha

3 ) sebab dia perempuan

banyak-banyak cerita kat dunia ni, selalunya heronya lelaki. tapi ada lah perempuan. macam Charlies Angle..

setakat ni aku dah tengok semua cerita ni. best-best. yang baru hari tu aku tengok kat wayang.. 1st time tengok resident evil kat wayang. memang gile best. haha..
tak bosan..

oke okeh~~ thanks baca yer.. da~~~

REHAT MINDA



selepas penat otak ni berjalan, tak berhenti selama 6 bulan, sekarang sudah masanya aku rehatkan minda. mesin pun ada rehat..apa lagi otak. sewel kang. siapa nak tanggung..?hehe.. study penat lar..apa nak buat... dah nama student. lainlah kalau namanya worker. huhu.. kenapa kita kene study?? nak senang kemudian hari.. senang tak aku nanti? insyaALLAH..dengan usaha aku. berkat doa mak abah adik abang.. dan mak angkat aku. mak angkat aku pernah berpesan ::

"asalamualaikum su.. mak ni.. seronok tak belajar kat sana? mak hanya dapat mendoakan dari jauh moga-moga su tercapai cita -cita su. walaupun su anak angkat mak. tapi mak tak keberatan nasihatkan su. agar su jaga pergaulan. dari segi pakaian mak tengok su ok. su jangan sampai terjerumus ke.... ingat pesan mak tau. su jauh ngan keluarga . tetapkan iman . jauhkan dari godaan syaitan. "

mak angkat aku pesan dekat sms. bukan face to tace. kalau face to face aku tak tau nak cakap apa. terdiam terus.pastu kuar hujan renyai.ooopsss.. yer..baik mak.su jaga pergaulan. setakat ni aku tak ada lah nak menggatal pun.huhu.. ish...TAK AKAN! jaga pergaulan tu nak... :) jangan sampai terjerumus.. INGAT TU....
sms ni mak hantar masa aku nak datang UPM. sms semangat dan nasihat namanya.. :P thanks mak..sayang gak mak kat su walaupun just anak angkat. i love u.. <3

habis paper 16hb Nov 2010 jam 7 malam. tarikh keramat..tarikh merdeka..tarikh kebebasan..tarikh penamat..tarikh final..tarikh hohoray...!
tak balik raya untuk pertama kalinya dalam hidup. maafkan ida mak abah..anak mu ini tak balik raya. jangan bersedih tanpa kehadiranku.. antara selangor dan johor. sangatlah jauh..maafkan daku..
.
hari raya korban.aku berkorban waktu tak balik beraya bersama family di kampung.saya sudah berkorban..anda bila lagi?? hehe..

aku tak balik sebab nak rehatkan minda. nak berjalan dulu sebelum balik kampung. rasional tak? sekali sekala kita merasa beraya tanpa family. lagipun raya korban aje. * poyo

kawan aku akan datang. nak berjalan..kami akan meronda kl. naik apa?? naik train lar. apa class naik kereta.. berjalan-jalan sahaja. shoping tidak. window2 jer.. rehatkanlah minda sepuas hati wahai cik HONEY BEE.. hohoho...

thats all.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...