Sunday, February 27, 2011

HAMPER



sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni dah lapuk dek telan zaman. dah berhabuk. dah berdebu. dah berkulat. dah reput. dah tak pakai. haha..

cerita nya camni... al-kisah....pada suatu hari...haha..

tak ada lah. HAMPER. dalam bahasa lain hamper hadiah yang ada makanan kat dalam tu. hehe.. kitorangn dapat hamper.. besar punya. sempena kemenangan CATUR BISTARI kitorang... ehem! nak bangga sikit..haha..



dapat individu mata tertinggi yang disandang oleh Cik Sya kite... kumpulan tertinggi yang dimenangi oleh kumpulan VISTA. itu lah nama kumpulan kite. ececeh... ^____^ (senyum lebar k)

RED TEAM @ VISTA

hamper ni lama tak bukak-bukak. kami busy masing-masing okay! huhu.. hidup sebagai seorang student ni memang macam ni. haiiiii...



apabila hamper itu dibuka pada hari ini iaitu 20 Februari 2011 pada jam 3 maybe.. bilik aku penuh dengan makanan pulak. haha.. mai kawan-kawan datang makan.. eh eh!

sebenarnya makanan jajan-jajan sume ni kami punye..kamu tak boleh. haha.. terajak tadi...hehe..

tetibe rindu nak tengok hamper besar kat tepi aku. haha..dah tak ada penghalang antara aku dan rumet..haha..

sekian..

p/s :: tahun ni tak ade 29 Februari. tahun depan ade. kesian abang saya sebab tak dapat celebrate birthday.. haha.. ingat lagi masa tahun 2008. dia sedih sebab semua family terrrrlambat wish kat die. hahaha.. ye lah.. 4 tahun sekali.. cian abang saye.. walaupun tak ade..umur kau tetap 23 tahun ni.jangan nak perasan tak ade. haha..

Thursday, February 10, 2011

RAYA CINA


hari raya cina dah lepas. aku baru nak wish kat korang semua yang meraikannya.. hehe..

GONG XI FA CHAI!
mau angpau!


pernah beraya kat rumah orang cina? aku pernah lar dulu sekali. rumah kawan aku..nama dia Lim Xin Yi. itu lah orang cina yang pertama aku pergi. selama ni , memang tak pernah pun. huhu... masa aku form 5. dia yang jemput datang rumah dia.

Xin Yi tak ade dalam pict ni.. hehe.. ini kawan cina yang lain..


aku pergi dengan kawan baik aku , Yana. sekarang Cik Yana ni dah jadi tunang orang. aku bila lagi ek??? wahhhhh... tak terlintas kat kepala otak aku.

Orang cina tak ada hidang ketupat pun..haha. memang lah. dia just hidang kacang-kacang , gula-gula , limau mandarin , keropok , air gas. itu jer... borak dengan family diorang. peramah...

pastu nak balik, kite dapat angpau..............!! mak dia kasik.ye ye ye!! hahaha.. dapat satu beg kecil yang ada jajan , limau , gula-gula. isi angpau tu adalah rahsia............



tapi sekarang dah tak beraya lagi. haha... tak contact dia pun. lama dah tak jumpa. huhu..

okay.. TQ.. ;)

KITE MALU.....



Saya minat die! fullstop! haha..
sewel kan?




minat dan suka lain tau. minat ni macam kita minat kat seseorang artis tu. yang kita puja-puja tu..haha.. tapi aku bukan puja si dia tau! korang jangan salah anggap. serabai jer kalau aku puja orang! haha.. minat gitu-gitu jer.. erm..macam kita ada secret admirer kat sekolah dulu. haha.. kelakar kalau ingat balik. tak sukeeeeeeeeeee... sebab aku pun pernah minat budak kat sekolah aku. tapi tak ada lah sampai pas-pas surat cinta.. haha.. dak sekolah kan selalu buat macam ni. biodata lah..huuuuuuuuu... setakat minat diam-diam dan kita pendam dalam hati.shhh... jangan cakap dengan sape-sape tau.



suka pulak lain maknanya. sebutannya pun dah terang dan nyata lain.haha... sudah terang lagi bersuluh! betul tak?? apa punya bahasa aku guna ni. suka ni merupakan perasaan kita suka seseorang berdasarkan karakter mereka. maybe sebab dia happy jer memanjang. ataupun , seronok apabila berkawan dengan mereka. tapi tak ada lah sampai kita jatuh cintan sama dia.. huuu.... ada juga orang yang tak faham apa maksud suka ni. suka ni bukan sama dengan cinta dan sayang.. apa da............ suka sebagai kawan!

setiap manusia mempunyai perasaan ini. kalau tak ada, itu dipanggil tak normal. baik korang pergi jumpa doktor pakar sakit jiwa.

okay.sekian. Assalamualaikum...










Tuesday, February 1, 2011

SITUASI DALAM BAS

28 hb Januari 2011- aku balik bp dengan sedare aku iaitu cik Ain. bas Mayang Sari jam 4.30 petang di Terminal Bersepadu Selatan. Bas tu jer yang ada. yang lain belum ada lagi. Okay lar servis die.. macam kat Airport. Aku pun tak pernah lagi naik flight. haha... terasa lar jugak.. tapi kesian kat cik sya.. hehe.. ada lah.. ^__^ erm..dapat jual tak cik sya??? jahat aku nih! haha.. masa ni mesti cik sya dengan cik eton ngah jejalan kan.. jeles i tau..! =)



okay..berbalik kat story aku. bas bukan datang on time. lambat jugak.. ish... dah lar bas tu bukan ke batu pahat terus. tapi die singgah muar . lepas bp singgah pontian. lambat kan.. adoi ai!

situasi dalam bas. macam ni kisahnya.. aku duduk kat belakang. 2nd last lah. pastu bas mayang sari ni , singgah bukit jalil dulu sebelum teruskan perjalanan. amek orang kat bukit jalil. kan susah macam tu. buat lambat jer. kire bertolak pukul 5 lebih lah. sampai bp pukul 9 lebih. lambat banget!

kat bukit jalil ada lah anak beranak ni. sorang mak dan anak perempuannya. duduk belakang aku. apa yang aku nak cerita ni bukan memburuk-buruk kan si anak. tapi , ambil iktibar lah.. macam jahat sangat jer si anak tu yang aku nak story kan? bukan... si anak okay jer..

cuma dia agak kasar sikit kat si ibu. cara dia cakap. suara yang tinggi. depan orang ramai. mungkin pada si ibu , dia dah lali. tapi , pada pandangan khalayak ramai, apa pendapat mereka?

macam aku pulak yang nak mintak maaf kat si ibu..


"mak cik..saya minta maaf bagi pihak anak mak cik yer..."

haha.. sopan giler tak? tak kan lah aku nak buat..

pesan bagi yang kat luar sana tu.. jangan lah kasar dengan orang tua. walaupun mereka bukan mak bapak korang..hormat la beb.. kesian tau. mungkin si anak perempuan dah terbiasa dengan si ibu macam tu. tapi depan orang janganlah.. hang kan perempuan. ingat tuh! nanti tak de orang nak masuk minang kang... ayokkkkk... hahaha...

tQ..assalamualaikum.. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...