Wednesday, March 30, 2011

HONEY BEE

hye semua.. kenyit mata sikit.. ;)



suka madu? saya tak suka. hehe.. mak dulu selalu suruh minum madu. dia kata baik untuk budak sekolah macam saya ni. lepas tu , elok untuk orang yang batuk-batuk. katanya..

khasiat madu lebah selepas aku menilik kat internet::
(aku copy n paste yang penting jer khasiat madu lebah tu. hehe.. sebenarnya banyak lagi khasiat madu lebah ni)

WANITA
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.


oh..patut lah mak suruh aku makan madu.. sebab dia nak anak dia cantik.. (perasan sekejap)
terima kasih emak. saya sayang sangat kat emak. haha..

so , bagi sesiapa yang nak jadi jelita dan tampan bolehlah beli madu. beli madu yang asli okay. mesti lepas aku post benda ni , berduyun-duyun pergi cari madu lebah. hahaha..

kenapa Honey Bee??
untuk pengetahuan semua pengikut saya , ''honey bee'' ni bermaksud madu lebah. (mesti korang tahu kan..hehe ) dalam Islam , nama Syuhaidah bermaksud Madu Lebah. suka tak? haha..
manis jer.semanis orangnya. saya memang sweet.. ^_^

okay.. mekaceh sebab sudi baca saya punya blog...

ASSALAMUALAIKUM..

Monday, March 28, 2011

Count on Me - Bruno Mars



::You can count on me 'cause I can count on you

Saturday, March 26, 2011

MERONG ... 5 STAR!


Hello everyone.. (macam nak buat outline BBI2421)

Hari : Jumaat
Tarikh : 25 Mac 2011
Lokasi : The Mines

Semalam aku dengan kengkawan aku ( Emy ,Sya , Nad ) tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. akhirnya aku dapat jugak tengok cerita ni. dari tahun lepas nak tengok. huhu..sebab trailer dia best giler.. haha..

cerita nya macam ni..

Empayar Rom dan Empayar China ni nak bersatu. nak kahwinkan Putera Rom dengan Puteri China kat tengah-tengah perjalanan iaitu pelabuhan yang dikenali sebagai Langkasuka. pastu Merong ni bawak.. bla bla..
kalau nak tahu tengok sendiri... lalala

kalau nak tahu , Langkasuka ni sebenarnya terletak kat Pattani Kedah. wujud tempat ni..bukan tak wujud.. ada orang kata tak wujud. huhu.. Langkasuka ni kerajaan Hindu Melayu yang terletak di Semenanjung Malaysia. kira ni sejarah negeri Kedah ar.. ni semua kisah benar belaka. tiada yang benar melainkan yang benar...


gambar atas ni :: buku HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


rasa nya rugi kalau tak tengok.. dalam cerita ni ada dimasukkan lawak sikit , cinta.. semua ada..
pastu sejarah..



gambar atas ni:: watak yang aku suka. ni lar bab cinta-cinta tu..

gambar kat atas :: Kemawas.. jahat giler die ni. korang tengok mesti geram kat die. perkataan yang paling ingat :: " tudung saji dan empayar" hahaha..

KRU melabur RM 8 juta tu.. pastu ditayangkan kat negara lain. kan gempak tu.

"sampai masa tibanya waktu , redup hati kaum berdua ,
bila dua jasad bersatu , hidup mati kita menjadi bersama"

cewahhh!!!!

sekian , Assalamualaikum... :)



Friday, March 18, 2011

CANTIK KE TIDAK??


Alo Alo Alo...
Syu di sini....
ehem! ikut Fafau okay.hehe..

Cantik ke Tidak?? Cantik cakap cantik.. Tak cantik cakap tak cantik.. Aku boleh terima apa yang kau cakap. aku tak kisah.. sebab aku ni bukan boleh tutup mulut kau. terus terang jer. aku ni tak akan melenting tak tentu pasal. tolong lah cakap.. Cantik ke idak?? beautiful or ugly?? huduh ke?? cuba komen sikit.

ha...............

ha..............

cuak korang... ingat aku apa hah? nak cari gaduh ke? haha.. aku nak cerita pasal layouts baru aku ni. bukan nya apa pun.



cantik ke tak layouts baru aku ni?? cantik tak?? ala-ala pantai gitu. jom pergi picnic!!

kalau dulu layouts aku hitam kelabu jer. macam sepi jer.. sekarang dah tukar.. sempena nak bulan April ni. aku tekan kan sekali lagi. sempena bulan April ni okay. haha.. nak final.. bulan April kan final exam. buat-buat ngerti ya ibu bapak.. haha..

sekian. ASSALAMUALAIKUM.. :)








Friday, March 11, 2011

KISAH KARIPAP



hALOOO everybody..

pagi yang cerah berada di kampung halaman. menghirup udara segar.. haha..
kampung aku bukan kampung sangat..haha.. depan rumah ni. dah macam-macam transport yang lalu. jet , kapal terbang , kereta kebal tak payah cakap lah. semua ada...hahahaha..

over kan? abaikan..

korang semua suka karipap tak? suka karipap inti ape?? daging? sardin? kentang? ayam?? ape lagi inti yang ada??



nak tahu satu story tak? haha.. aku nak cerita pasal karipap..

pernah tengok cerita kat TV2 tak? pasal cerita hantu karipap?? bukan hantu sangat pun. apa ek tajuk cerita nya.. BILIK NO 13 kot.



cerita nya tentang karipap daging manusia..haha.. ada dua orang pasangan suami isteri ni tinggal kat hujung kampung. kebetulan ada dua orang couple ni enjin kereta diorang mati.. then , diorang pun pergi ke rumah mak cik dan pak cik ni untuk mintak bantuan dan nak menginap semalam jer. pastu , mak cik ni hidang kuih karipap. perempuan ni cakap kuih karipapmak cik tu sedap sangat.. haha.. tau apa initi nya?? daging manusia lah.. haha.. pastu pakcik dan mak cik ni bunuh lelaki tu. diorang cincang..dan cincang .. dan cincang... tapi perempuan tu terselamat. perempuan tu lah yang akhirnya bunuh si mak cik dan pak cik tu.. last-last , perempuan tu yang gila... haha.. the end~

kisah no 2 pulak. kisah ni tentang aku. korang jangan gelak., senyap-senyap sudah..

hari tu aku pergi pasar malam dengan baity , fara , emy , dan sara. pasar malam kat Serdang tu ada jual karipap panas. tak tahu lah sedap ke tak. aku tak pernah rasa.. ni pun eton yang kirim aku. dia nak karipap seringgit. seringgit dapat tiga biji. kalau zaman dulu-dulu beli karipap seringgit dapat 5 biji. sekarang kan dah moden.. barang pun mahal-mahal..

aku dan fara pergi beli karipap tu.. masa pergi tu ramai orang.. penuh.. huhu..

fara nak karipap sardin. eton aku beli kan karipap kentang.

"bang. nak sardin ngan karipap ae. seringgit. "

" sardin ngan kentang?"

"yer. sardin ngan karipap.."

erm... korang perasan tak? aku cakap sardin ngan karipap kan??
hahaha.. aku malu.. orang tengok aku.. warghhh!! malu.. ramai pulak tu. apa yang kau fikir ni syu???

aku pun tak tahu.. buat muka slumber jer lah. apa nak buat.. fara diam-diam jer yer.

okay.. Assalamualaikum.. ^__^











Saturday, March 5, 2011

FINALLY..



AKHIRNYA.. aku berani buat perkara yang telah lama aku ingin buat
AKHIRNYA..aku mempunyai kekuatan untuk melakukannya
AKHIRNYA..aku berjaya melakukan!!
AKHIRNYA..aku telah mengenal apa itu si bintang yang jauh nun di atas angkasa

tak tercapai namun dapat disentuh..
tak terlihat namun dapat sekilas pandang..

FINALLY.. ^___^

emosi pada waktu ini :: penat bercampur emosi yang gumbira.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...