Wednesday, July 4, 2012

SINGAPORE PART 2






Kita sambung part 2 pulak nak? (menggedik pulak)

First day berada di Singapore. Kitorang ada tourist guard! Special edition tau. Diorang ni anak Cik Chami iaitu Abang Heri dan Adik Irfan. Baik sangat diorang ni.Sanggup melayan kerenah 6 cik kiah.

                          
Gambar kat dalam MRT. 1st day daik MRT. Sebenarnya MRT ni sama saja dengan LRT..tapi bukan KTM.haha..

Salah satu kedai yang berjenama. DIOR.

Gambar tak rotate lagi ni...hehe.. Ini lah 'peta' jalan bandar Singapore.

Kami kan pelancong. =p


Kitorang jalan-jalan kat Orchad Road. Banyak kedai yang ada brand. Contohnya Gucci.. Nak beli memang mampu lepas kahwin dengan Tan Sri tak pun Dato' pun boleh..haha..

Selepas puas berjalan, kitorang naik bas untuk pergi tengok  Pameran Harry Potter di Art Science Museum, Aku sememangnya tak layan Harry Potter. ahaks! Cuma tengok no 1 , 2 , pastu, berapa punya tak tahu.haha... tak apa, selepas tengok pameran ni, aku rasa nak tengok Harry Potter balik. (tunggu....)
Kat pameran ni , ada lah set filem. Contohnya katil Harry Potter dan Ron, buku yang ada mulut , pokok yang boleh bercakap, kerusi Hagrid, dewan makan sekolah magic tu, pondok Hagrid, hantu-hantu Harry Potter yang agak scary, baju Harry Potter, cermin mata Harry, tongkat sakti Harry, dan bla-bla. Banyak sangat, smapai tak tertaip.. Kalau nak tahu, pameran ni adalah yang  pertama kalinya  diadakan di Asia Tenggara. Pergi jangan tak pergi. Sebagai tanda cenderamata, kat situ ada jual coklat Harry Potter, tongkat sakti, dan macam-macam lagi. Tapi aku tak beli. haha.. Harga tiket = 24SGD. 


Dah selesai tengok pameran ni, kitorang pergi Bugis Street pulak untuk beli souvenir untuk member, mak, ayah, atuk , nenek, abang, adik , kakak, anak saudara, dan sesiapa lagi. ... Tak lah mahal sangat kalau kita guna SGD. Kalau ikut RM memang mahal. Gambar  tak ada sebab kat situ sangat sesak.

Last destination untuk hari pertama ialah MARINA BAY SAND!!! wow!! Sangat cantik pemandangan waktu senja! Kita dapat lihat Singapore dari tingkat 56(kalau tak silap) .

Okay! Itu jer untuk entri yang ke-2. Gambar tak banyak sebab tak ada dalam koleksi saya...pada orang lain...hehe.. Bye!!! ^__^




Wednesday, June 27, 2012

SINGAPORE PART 1

Assalamualaikum semua!! Dah lama tak update blog.Perasan ramai follower ni. ahaks! Hari ni update pasal Trip Rombongan Cik Kiah Ke Singapore!! Wow! Excited! Tu jer perasaan yang mampu aku gambarkan. Trip ni dah lama kitorang plan dan ia telah memaksa kami untuk menyimpan duit demi Singapore.huhu..

 23 JUN 2012  


10.30am - Aku, Emy , Sara, dan Baity baru jer habis exam MAKRO. okay.soalannya memang sangat ssssusssaaahhhh!Stres habis dibuatnya kat dalam dewan kuliah 10 tu. 

Okay.Tak nak cerita exam. Tak nak!! Hati akan bertambah stress.hee.. Selepas habis last payyyperrr ni, kitorg terus pergi Mid Valley untuk tukar duit SGD. Budget terpulang kat masing-masing.Kalau rasa-rasa banyak family, adik beradik, akak ipar, anak saudara,pakwa, makwa, pakcik, makcik, (macam nad) tukar lah banyak. budget aku kurang sikit daripada diorang ni sebab tak banyak benda nak beli. 


5.00pm- Pergi LCCT. Flight pukul 9.






10.00pm- Yes!! Changi Airport. Cik Chami yang sambut kitorang. Wah!! traveller sangat kan. Then, mak cik Baity , Cik Idah pulak sampai. Diorang bawa kitorang pergi balik hotel. hehe.. Check in , then sambung berjalan hingga 2.00am. Memang sporting auntie2 singapore ni! Diorang bawa pergi Singapore Flayer, tengok  dari jauh Marina Bay. Wow! view waktu malam memang tersangat cantik. Ops! lagi satu tempat..Geylang. haha.. Tempat ni memang banyak tutttt.... tapi Cik Chami cakap, hotel kat sini memang murah. Tapi bahaya! 

*Okay lah.huhu... Trip ni akan disambung pada hari seterusnya. 
Bye.. ^__^




Wednesday, January 18, 2012

KONTROVERSI CIK GENIUS

Assalamualaikum...

How long sudah I tak update blog I ni?? Tahun lepas rupanya aku last update. Fuhhhhh…sangat lama. Kesian dia kena tinggal lama-lama. Banyak cerita nak diceritakan kat blog ni. Hari ni nak cerita tentang Amalina Che Bakri lah.. Cuma nak bagi pendapat.. =)



pendapat peribadi aku , semua tu terpulang kepada setiap individu.sama ada dia nak bertudung atau pun tidak. Dosa sendiri tanggung.orang pun selalu cakap , “kubur masing-masing.” Ustaz Azhar Idrus pun ada kata.. tak wajib pakai tudung,tapi wajib tutup aurat. Renung-renungkan dan fikirkanlah.

Plus.. Amalina Che Bakri seorang yang popular kerana 17A1. Dia merupakan pelajar SPM yang pertama mendapat straight A di Malaysia. Tak hairan lah kalau jadi perhatian semua pihak.erm… Macam mana dia belajar ek? Apa mak dia bagi makan ek? Huhu.. kalau lah aku pandai macam dia.he3. Lagipun , dia telah menerima banyak anugerah yang membuatkan semua rakyat tidak menyangka hakikat sebenarnya amalina seorang free hair dan suka berfesyen. Kesian dia…. Mak dia pun tak larang dia nak berfesyen. Siap belikan lagging tuh.. =p mak dia support tau! Korang sibuk nape….he3

Kalau nak diikutkan , banyak juga student yang kena culture shock! Kat rumah dengan family pakai tudung , tapi kat kolej outing dengan kawan terus free hair..huuu. Disebabkan amalina tersangatlah popular , itu yang semua orang sibuk-sibuk nak tahu. Betul tak?

Asalkan tahu batas sebagai seorang wanita muslim , itu sudah memadai.. insyaALLAH.. ^_^

:: eh, sebenarnya kan , aku terperasan yang muka amalina ni macam MISS NINA. =p

Iyeke???? Ngeh3..

Monday, December 12, 2011

LESEN

assalamualaikum semua..

hari ni cerita pasal lesen. rasanya aku ketinggalan tentang info lesen ni. kan kan? tapi apa dulik..aku nak cerita gak.. ngeh3

nampak tak tu??? hehe.. semua lesen akan expired pada tarikh birthday kita... yeyeyeyehh!!
kenapa suka sangat tu?? sebab..aku nak mintak hadiah renew lesen. tak perlu lah nak bagi hadiah yang mahal-mahal. hadiah renew lesen pun boleh..... ^_^

SEKIAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...