Saturday, December 18, 2010

DAH TAK SELAMAT

tongkang pechah dah tak selamat...!!! run runnn!! baca tak berita tentang seorang pelajar mati di tongkang pechah.
kat bawah ni aku copy berita dari BERITA HARIAN::

BATU PAHAT- Polis menahan dua remaja selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di mana mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di sebuah kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata suspek berusia 15 dan 16 tahun itu ditahan selepas salah seorang daripadanya membuat laporan berhubung kejadian itu mendakwa dia menyaksikan rakannya membunuh mangsa di kebun berkenaan. “Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Hasil soal siasat, mereka kemudiannya membawa polis ke satu lokasi di kebun sawit di mana mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 petang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Adnan berkata, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dipercayai dibunuh di kebun sawit terbabit Rabu lalu berdasarkan laporan kehilangannya. Difahamkan, mangsa ditikam menggunakan objek tajam kira-kira 100 meter dari rumahnya sebelum diheret ke dalam kebun terbabit.

"Mayat mangsa ditemui tersembunyi di bawah timbunan daun kelapa sawit dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan tikaman pada badan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat," katanya. Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk menjalankan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek.

Dengan penangkapan dua suspek terbabit, polis percaya kes ini selesai," katanya. Siti Mazni, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra dilaporkan hilang selepas berjumpa rakannya Rabu lalu.

Sementara itu, nenek mangsa, Mailiah Idris, berkata kehilangan Siti Mazni dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila beliau mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang. "Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang. "Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan saya menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah. "

Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokan harinya," katanya.

**********************
apa lah budak-budak zaman sekarang ni. apa nak jadi.. bermasalah. sampai bunuh-bunuh.
aku tak kenal pun budak yang membunuh ni. budak yang kena bunuh pun tak kenal. adik aku kenal lah. huhu..

baru form 4. dah pandai bunuh orang. kata nya budak yang membunuh ni dah dibuang sekolah. couple dengan si mangsa. dah ajal budak perempuan ni..

mesti sedih family si mangsa. anak yang tak berpenyakit, tak sakit-sakit, tiba-tiba mati dengan cara yang sangat kejam.

family budak yang membunuh pun mesti sedih juga kan. mana nak letak air muka. "you drop my water face!" haha.. sedih oi..anak yang dijaga baik-baik tetiba buat malu family. satu malaysia tahu.

p/s ::::




Tuesday, December 14, 2010

APA NAK BUAT...

APA KAU BUAT CUTI SEM NI?
aku jawab : bangun pagi..tido malam..makan.. eh.ada gak aku tolong mak aku.kemas rumah.tolong kacau-kacau mak masak.belajar masak... hehe.. eh.betul ni. perempuan kene tahu masak.. lagi-lagi asam pedas. faberet aku ni..kene expert ni..hehe..

KAU BESARKAN BADAN JER KAN CUTI-CUTI NI..
aku jawab : eh.mana ada..aku tolong mak aku tahu tak. bukan makan tido jer. ish kau ni.. suka-suka kau jer.. aku diet ni.. ^_^ badan sudah kurus mahu kurus lagi ka?? haha..

MACAM BOSAN JER BUNYI..
aku jawab : memang....huhu... apa nak buat.. duduk bawah ketiak mak lar cuti-cuti ni. kang dah balik kolej asyik rindu-rindu mak.. POYO!

TAK NAK CARI KERJA KE? DAPAT JUGAK TAMBAH DUIT POKET..
aku jawab : mana sempat kerja. cuti sebulan jer lar weh. plus.. aku malas!

MACAM TAK DE LIFE JER..
aku jawab : uik! apa ni.. kat rumah ni sangat mencabar..kamu tahu! haha.. layan adik bukan sebenar. penat weh.. kuat melawan cakap. nakal. degil. petang-petang aku main badminton..senam sikit ya! main dengan kanak-kanak riang. pukul sana..pukul sini. hebat.. haha.. okay what..


okay. tonight..i'll watch a movie... antu punya maaa.. dengan jiran aku. 8 orang..meriah. tahu cerita apa? HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH lar.. tengok dengan family sebelah rumah. kecoh mereka itu. hip hip... have fun!


Monday, December 13, 2010

YES?! ALAMAK..

wow wow wow!! 50%! 70%! 80! aduhai... banyak nya diskaun.. Year End Sale.. kenapa lah rumah aku dekat dengan bandar.tak mau tak mau.. kenapalah aku ada lesen...tak nak...kenapa lah time-time macam ni ada sale... aiyo...

kaki ni gatal jer nak keluar. tahan..ikat kaki mu..hehe.. ingat..belanja ikut kemampuan.beli yang perlu jer..hehe



kalau megasale macam ni jer..mulalah perempuan ni. asyik keluar shoping jer.ada pulak tu ada yang window shoping pun jadi lah. macam aku..cuci mata.hehe..kalau betul-betul berkenan tu belilah..

tapi lelaki pun sama jer kan. betul tak? ada yang shoping lebih dari perempuan. macam abang aku.haha..nak ada jenama jer..memang lah tak selalu keluar shoping.tapi kalau sekali keluar tu mesti beratus-ratus ringgit yang keluar. contohnya macam abang aku. huhu..

okay. aku ingat nak pergi shoping jugak ni. hehe.. sikit-sikit jer belanja. mana ada duit.. bankrup dah ni.. ajak geng dulu. huhu..

p/s : belanja biarlah berpada-pada...hehe.. ingat tu!!!

Monday, December 6, 2010

ADIK-ADIK



aku ada banyak adik.. huhu.. bukan adik kandung. anak orang.. mak aku jaga..tapi aku sayang macam adik sendiri.sayang sangat-sangat..kadang-kadang geram sangat-sangat..haha.. gambar-gambar bawah ni nama dia MOHAMAD NAQIB NUSYI. macam perempuan tak budak ni? rambut dia panjang.mama dia sayang rambut dia..huhu





ni masa dia demam..aku jadi nurse dia.huhu.. sikit-sikit kak ida... ecece... lagipon dia ni kuat sakit.mana tak nya. asyik makan jajan jer. bukan nak makan nasi.



sebelah naqib tu bukan adik dia. anak orang lain pulak. nama dia RINA. aku panggil baby jer. tak best lah nama rina. haha..

naqib selalu rindu kat aku kalau aku balik kolej.siap simpan gambar aku lagi. tapi bila dah jumpa macam anjing ngan kucing.haha... mulut dia tu macam orang tua. petah betul bercakap.

antara ayat dia ::

"kak..maap..nabi pun maapkan umat.." haha..ni aku tak boleh tahan.. cikgu sekolah ajar ke? haha.. umur baru 4 tahun.cakap macam ustaz 40 tahun...hehe..

akak sayang u ollzzz... mmuaahhhh.. ^_^

Saturday, December 4, 2010

KENDURI KAWEN


tarikh 4 dis 2010 , kawan aku kahwin. 2 tahun lebih tua daripada aku.. bukan sebaya lar.. jauh jugak rumah dia. ada lah setengah jam kalau bawak 60 km/jam. haha..

pergi dengan ipit dan ain. sebab 2 orang ni jer lah yang kawan dengan kakak tu. kakak tu kawan sekerja kitorang dulu..dia baik dengan aku. sampai s
ekarang kitorang still contact2 lagi. kalau tak kan adanya aku pergi dia kahwin..hehe

*************************

ipit drive kereta USTAZ RAHIM!!! haha.. ustaz sekolah kitorang. bagus ipit!! thumbs up! kereta manual. kene main class. susah. tu komen kami.

''nak isi minyak jap'' ipit cakap.

kitorang pergi isi minyak kat Petronas. tetiba enjin mati sebab class tak tekan kot pit. haha..
start balik...

"kenapa tak boleh syu?"

aku naik pelik..apa ipit ni.jangan main-main..

"tak boleh lah.. kau pulak cuba."

okay.aku pun cuba. yeah! tak boleh...

pak cik Petronas tolong kitorang.. segan nya kami. tolak kereta kasik tepi sikit. lepastu ada pak cik yang baik hati tolong kitorang panggil kan mekanik.

*************************

sampai jer mekanik, dia cuma tekan satu butang jer. enjin start. bayaran nya RM10.00!!!!!!!!!! tak keluar peluh pun dapat RM10.00!! tekan tu jer kot. bukan jauh pun workshop dia. depan tu jer.

kami perempuan kan.. kasik jer lah..

"thank you uncle!! "

dalam hati siapalah tahu..huuuuuuu... kureng punya mekanik!!

**************************

lepas siap 'repair' kereta ni, baru lah pergi rumah orang kahwin.. manis kakak aja ni. kitorang tak berkesempatan tengok diorang bersanding. sempat posing dalam bilik pengantin pengantin jer. hehe..

warna tema biru. simple but nice..


********************


balik dari rumah kawen tu , aku pulak drive. puasnya hati.. haha.. my abah tak kasik aku bawak keluar kereta lagi maaa...

tekan minyakkkkk... 80 jer paling tinggi. 'biar lambat asal selamat..ingatlah orang yang tersayang' .. ingat tu kawan-kawan....

sebiji kereta jer aku potong. berani tak? abaikan...haha

sampai rumah.. online.. tadddaaaa




Wednesday, December 1, 2010

HERO SAYA



korang mesti tengok cerita korea kan? mesti korang tangkap cintan kat mamat-mamat korea tu kan? mesti korang akan cakap macam ni:::


- hensem nya dia ni...
- kalaulah aku dapat macam ni kan best..
- aku nak dia ni, dia ini aku punya..
- oh! romatiknyaaaaaaa

haha..aku pun..

aku pun tangkap cintan kat mamat-mamat korea ni.dah lar hensem, pastu diorang bawa watak yang setiap perempuan pasti suka. MR RIGHT lah katakan..haha..

kalaulah ada lelaki macam ni nak kan aku, aku nak jugak... tak boleh lepaskan peluang ni..haha..pernah terfikir?? ke aku jer yang terfikir? kuat berangan saya ni.. huh! biarlah...haha



tapi dalam kehidupan realiti kita, hero yang macam ni ada tak?? ada jer..1 dalam 1000 kan?? ish...marah orang lelaki.. haha.. sory2..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...