Wednesday, January 18, 2012

KONTROVERSI CIK GENIUS

Assalamualaikum...

How long sudah I tak update blog I ni?? Tahun lepas rupanya aku last update. Fuhhhhh…sangat lama. Kesian dia kena tinggal lama-lama. Banyak cerita nak diceritakan kat blog ni. Hari ni nak cerita tentang Amalina Che Bakri lah.. Cuma nak bagi pendapat.. =)



pendapat peribadi aku , semua tu terpulang kepada setiap individu.sama ada dia nak bertudung atau pun tidak. Dosa sendiri tanggung.orang pun selalu cakap , “kubur masing-masing.” Ustaz Azhar Idrus pun ada kata.. tak wajib pakai tudung,tapi wajib tutup aurat. Renung-renungkan dan fikirkanlah.

Plus.. Amalina Che Bakri seorang yang popular kerana 17A1. Dia merupakan pelajar SPM yang pertama mendapat straight A di Malaysia. Tak hairan lah kalau jadi perhatian semua pihak.erm… Macam mana dia belajar ek? Apa mak dia bagi makan ek? Huhu.. kalau lah aku pandai macam dia.he3. Lagipun , dia telah menerima banyak anugerah yang membuatkan semua rakyat tidak menyangka hakikat sebenarnya amalina seorang free hair dan suka berfesyen. Kesian dia…. Mak dia pun tak larang dia nak berfesyen. Siap belikan lagging tuh.. =p mak dia support tau! Korang sibuk nape….he3

Kalau nak diikutkan , banyak juga student yang kena culture shock! Kat rumah dengan family pakai tudung , tapi kat kolej outing dengan kawan terus free hair..huuu. Disebabkan amalina tersangatlah popular , itu yang semua orang sibuk-sibuk nak tahu. Betul tak?

Asalkan tahu batas sebagai seorang wanita muslim , itu sudah memadai.. insyaALLAH.. ^_^

:: eh, sebenarnya kan , aku terperasan yang muka amalina ni macam MISS NINA. =p

Iyeke???? Ngeh3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...