Saturday, April 30, 2011

KEPADA ENCIK RAMLEE


Hye semua.. ^_^

Mood kite hari ni sangat happy. Kite rasa sangat bahagia.. Haha..

Geli jer kite-kite ni.

Bagi penutup 30 APRIL 2011 iaitu bulan kelahiran aku , walaupun ada gembira dan ‘duka’ .. adoi!! yang penting......................kite happy!

hari ni aku dapat berita gembira!!


nampak tak gambar atas tu?? tu yang buat aku happy.. dapat autograf dari RAMLEE AWANG MURSHID!! sebenarnya aku tak pergi pun. nad @ Q yang pergi.. tak dapat amek gambar dengan dia. jelez!

kalau aku jumpa Ramlee..

kepada RAMLEE AWANG MURSHID::

saya sebenarnya memang minat dengan novel encik Ramlee ( haha..apa aku nak panggil ek) . Saya minat dengan cara encik Ramlee menulis. lain daripada novel lain yang hanya bercerita pasal cinta-cinta-cinta- dan cinta. novel ni thriller +cinta + fantasi. novel yang paling saya minat , novel UNGU KARMILA. ada unsur seram. saya minat seram-seram ni. walaupun saya ni penakut. gaya penulisan encik Ramlee telah membawa saya ke alam lain. (ehem! aku ikhlas!) novel ni ada elemen seram + mistik + cinta + konflik keluarga.
saya akan terus menyokong RAMLEE AWANG MURSHID.

sekarang aku ada 3 novel encik Ramlee yang belum aku baca. nak buat stok untuk cuti sem. haha..

MARI TANAM BUDAYA MEMBACA 'NOVEL'

Assalamualaikum...



Saturday, April 16, 2011

TENYUM ^__^


''bibir tersenyum , hati terguris''

wah!! gitu.. sebelum mulakan study .. aku nak post sesuatu.

senyum adalah pengubat segalanya. tapi kekadang aku tak dapat senyum. senyum dengan muka ketat. haha.. sebab aku tengah runsing , geram , sedih , pelik , dll.. perasan tak?? macam gambar kat bawah ni lah.


''hidup ini SEMENTARA.tak perlu lah kita nak BERMUSUHAN , BERDENDAM , BERDENGKI. Yang akhirnya membawa KEMUSNAHAN kepada diri kita sendiri. Sinarilah KASIH SAYANG bermula dari kita sendiri''














LUMRAH


sakit menyakiti
benci membenci
dengki mendengki
menyampah menyampahi
meluat meluati
kau sakit , aku sakit
kau rasa adil? entah..

*walaupun tatabahasa tidak betul. maaf bahasa Melayu.



semua ini adalah sifat manusia
akan aku cuba elak kesemua sifat ni. insyaALLAH..
semoga DIA menebal-nebalkan sifat sabar dalam diri aku.
Amin~~

pedoman :: teringat ayat kat buku di MPH. '' kawan yang tidak memaafkan kesalahan kawannya adalah lebih besar kesalahnnya daripada kawan yang melakukan kesalahan ''



Tuesday, April 12, 2011

13 APRIL



hye u'olsss..
aku dah kata kan aku tak nak buat post baru. tapi aku kene buat jugak. last untuk bulan April ni.hehe...

tanggal 13 April 1998. haha
itu birthday aku..



terima kasih kat kengkawan aku yang sudi buat birthday party untuk aku. aku happy sesangat.

untuk roomate ::
kamu kah yang tok ketua plan semua ni??? terima kasih banyak2. love u so much!! aku mintak sorry sebab malam tadi.. =)

untuk emy n nad::
korang memang terbaik bab menconteng krim di muka ku. muka aku dah licin selicin krim. aku suka sangat sebab dapat facial treatment percuma. i like!! huhu..

untuk fara::
suka tengok kau lari macam lipas kudung. hahaha.. kesian handset kau tercampak kat depan bilik nad. jajan roller coester terabur kat depan bilik dia. padan dengan muka nad kan? nasib baik kau tak terjatuh masa lari kat tangga. maaf.. aku sempat kejar kau jer.

untuk baity dan sara::
korang adalah paling wanted dalam tahun 2011.

untuk fatin , ida , dayah , gee ::
terima kasih korang. sebab datang celebrate sekali birthday aku.hehe..

kesimpulan::
terima kasih semua sebab ingat birthday aku. sayang korang.. ^__^


:: umur dah meningkat lah. banyak lagi yang belum dapat. hehe..

Sunday, April 10, 2011

PENGAKUAN SAYA



Hye semua..
Hari ni baru balik dari kampung ter-CHENTA.
tak sia-sia aku balik kampung. hehe.. sebab nya...............

*saya jumpa pakwa saya... sangat seronok. saya rindu giler kat dia. dia pun rindu kat saya. saya tahu.. kami sesame memendam rasa. lama dah tak jumpa. kami jumpa kat BP MALL.. ramai orang nak jumpa dia, tapi tak apa. saya paham situasi dia. dia busy jer memanjang. saya sebagai awek dia , kena lah paham situasi dia. kan.. kita perlulah saling memahami supaya hubungan kami kekal sepanjang hayat kami.

*kali ni saya tunjuk kat semua muka pakwa saya. sebab dah lama saya nak bagi tahu..tapi segan. sekarang , saya dah bersedia.



ha.. ni lah pakwa saya yang saya katakan tu. ramai kan orang nak amek gambar dengan dia. sebok jer.......


haha.. okay dah. penat merapu.
ni Fahrin Ahmad.. selaku pakwa saya. hahaha..
dia datang BP MALL untuk promot GARNIER. lelaki punya ya. bukan untuk wanita.
hensem nya dia. senyuman dia... adoiiiiiiiiii... +_+

aku tak dapat nak amek gambar dengan dia. kalau dapat amek gambar dengan dia , "alangkah happy nya saya" .. hahaha.. letak profil pict fb selama setahun. tapi tak ada rezeki. malas nak beratur panjang-panjang. buang masa.. hehe..

gambar atas ni jadual final exam aku. good luck semua..

ASSALAMUALAIKUM. tak akan update blog sehingga habis final exam. fulstop!

tatatatatatata semua......... ^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...