Saturday, December 18, 2010

DAH TAK SELAMAT

tongkang pechah dah tak selamat...!!! run runnn!! baca tak berita tentang seorang pelajar mati di tongkang pechah.
kat bawah ni aku copy berita dari BERITA HARIAN::

BATU PAHAT- Polis menahan dua remaja selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di mana mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di sebuah kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata suspek berusia 15 dan 16 tahun itu ditahan selepas salah seorang daripadanya membuat laporan berhubung kejadian itu mendakwa dia menyaksikan rakannya membunuh mangsa di kebun berkenaan. “Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Hasil soal siasat, mereka kemudiannya membawa polis ke satu lokasi di kebun sawit di mana mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 petang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Adnan berkata, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dipercayai dibunuh di kebun sawit terbabit Rabu lalu berdasarkan laporan kehilangannya. Difahamkan, mangsa ditikam menggunakan objek tajam kira-kira 100 meter dari rumahnya sebelum diheret ke dalam kebun terbabit.

"Mayat mangsa ditemui tersembunyi di bawah timbunan daun kelapa sawit dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan tikaman pada badan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat," katanya. Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk menjalankan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek.

Dengan penangkapan dua suspek terbabit, polis percaya kes ini selesai," katanya. Siti Mazni, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra dilaporkan hilang selepas berjumpa rakannya Rabu lalu.

Sementara itu, nenek mangsa, Mailiah Idris, berkata kehilangan Siti Mazni dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila beliau mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang. "Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang. "Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan saya menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah. "

Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokan harinya," katanya.

**********************
apa lah budak-budak zaman sekarang ni. apa nak jadi.. bermasalah. sampai bunuh-bunuh.
aku tak kenal pun budak yang membunuh ni. budak yang kena bunuh pun tak kenal. adik aku kenal lah. huhu..

baru form 4. dah pandai bunuh orang. kata nya budak yang membunuh ni dah dibuang sekolah. couple dengan si mangsa. dah ajal budak perempuan ni..

mesti sedih family si mangsa. anak yang tak berpenyakit, tak sakit-sakit, tiba-tiba mati dengan cara yang sangat kejam.

family budak yang membunuh pun mesti sedih juga kan. mana nak letak air muka. "you drop my water face!" haha.. sedih oi..anak yang dijaga baik-baik tetiba buat malu family. satu malaysia tahu.

p/s ::::




Tuesday, December 14, 2010

APA NAK BUAT...

APA KAU BUAT CUTI SEM NI?
aku jawab : bangun pagi..tido malam..makan.. eh.ada gak aku tolong mak aku.kemas rumah.tolong kacau-kacau mak masak.belajar masak... hehe.. eh.betul ni. perempuan kene tahu masak.. lagi-lagi asam pedas. faberet aku ni..kene expert ni..hehe..

KAU BESARKAN BADAN JER KAN CUTI-CUTI NI..
aku jawab : eh.mana ada..aku tolong mak aku tahu tak. bukan makan tido jer. ish kau ni.. suka-suka kau jer.. aku diet ni.. ^_^ badan sudah kurus mahu kurus lagi ka?? haha..

MACAM BOSAN JER BUNYI..
aku jawab : memang....huhu... apa nak buat.. duduk bawah ketiak mak lar cuti-cuti ni. kang dah balik kolej asyik rindu-rindu mak.. POYO!

TAK NAK CARI KERJA KE? DAPAT JUGAK TAMBAH DUIT POKET..
aku jawab : mana sempat kerja. cuti sebulan jer lar weh. plus.. aku malas!

MACAM TAK DE LIFE JER..
aku jawab : uik! apa ni.. kat rumah ni sangat mencabar..kamu tahu! haha.. layan adik bukan sebenar. penat weh.. kuat melawan cakap. nakal. degil. petang-petang aku main badminton..senam sikit ya! main dengan kanak-kanak riang. pukul sana..pukul sini. hebat.. haha.. okay what..


okay. tonight..i'll watch a movie... antu punya maaa.. dengan jiran aku. 8 orang..meriah. tahu cerita apa? HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH lar.. tengok dengan family sebelah rumah. kecoh mereka itu. hip hip... have fun!


Monday, December 13, 2010

YES?! ALAMAK..

wow wow wow!! 50%! 70%! 80! aduhai... banyak nya diskaun.. Year End Sale.. kenapa lah rumah aku dekat dengan bandar.tak mau tak mau.. kenapalah aku ada lesen...tak nak...kenapa lah time-time macam ni ada sale... aiyo...

kaki ni gatal jer nak keluar. tahan..ikat kaki mu..hehe.. ingat..belanja ikut kemampuan.beli yang perlu jer..hehe



kalau megasale macam ni jer..mulalah perempuan ni. asyik keluar shoping jer.ada pulak tu ada yang window shoping pun jadi lah. macam aku..cuci mata.hehe..kalau betul-betul berkenan tu belilah..

tapi lelaki pun sama jer kan. betul tak? ada yang shoping lebih dari perempuan. macam abang aku.haha..nak ada jenama jer..memang lah tak selalu keluar shoping.tapi kalau sekali keluar tu mesti beratus-ratus ringgit yang keluar. contohnya macam abang aku. huhu..

okay. aku ingat nak pergi shoping jugak ni. hehe.. sikit-sikit jer belanja. mana ada duit.. bankrup dah ni.. ajak geng dulu. huhu..

p/s : belanja biarlah berpada-pada...hehe.. ingat tu!!!

Monday, December 6, 2010

ADIK-ADIK



aku ada banyak adik.. huhu.. bukan adik kandung. anak orang.. mak aku jaga..tapi aku sayang macam adik sendiri.sayang sangat-sangat..kadang-kadang geram sangat-sangat..haha.. gambar-gambar bawah ni nama dia MOHAMAD NAQIB NUSYI. macam perempuan tak budak ni? rambut dia panjang.mama dia sayang rambut dia..huhu





ni masa dia demam..aku jadi nurse dia.huhu.. sikit-sikit kak ida... ecece... lagipon dia ni kuat sakit.mana tak nya. asyik makan jajan jer. bukan nak makan nasi.



sebelah naqib tu bukan adik dia. anak orang lain pulak. nama dia RINA. aku panggil baby jer. tak best lah nama rina. haha..

naqib selalu rindu kat aku kalau aku balik kolej.siap simpan gambar aku lagi. tapi bila dah jumpa macam anjing ngan kucing.haha... mulut dia tu macam orang tua. petah betul bercakap.

antara ayat dia ::

"kak..maap..nabi pun maapkan umat.." haha..ni aku tak boleh tahan.. cikgu sekolah ajar ke? haha.. umur baru 4 tahun.cakap macam ustaz 40 tahun...hehe..

akak sayang u ollzzz... mmuaahhhh.. ^_^

Saturday, December 4, 2010

KENDURI KAWEN


tarikh 4 dis 2010 , kawan aku kahwin. 2 tahun lebih tua daripada aku.. bukan sebaya lar.. jauh jugak rumah dia. ada lah setengah jam kalau bawak 60 km/jam. haha..

pergi dengan ipit dan ain. sebab 2 orang ni jer lah yang kawan dengan kakak tu. kakak tu kawan sekerja kitorang dulu..dia baik dengan aku. sampai s
ekarang kitorang still contact2 lagi. kalau tak kan adanya aku pergi dia kahwin..hehe

*************************

ipit drive kereta USTAZ RAHIM!!! haha.. ustaz sekolah kitorang. bagus ipit!! thumbs up! kereta manual. kene main class. susah. tu komen kami.

''nak isi minyak jap'' ipit cakap.

kitorang pergi isi minyak kat Petronas. tetiba enjin mati sebab class tak tekan kot pit. haha..
start balik...

"kenapa tak boleh syu?"

aku naik pelik..apa ipit ni.jangan main-main..

"tak boleh lah.. kau pulak cuba."

okay.aku pun cuba. yeah! tak boleh...

pak cik Petronas tolong kitorang.. segan nya kami. tolak kereta kasik tepi sikit. lepastu ada pak cik yang baik hati tolong kitorang panggil kan mekanik.

*************************

sampai jer mekanik, dia cuma tekan satu butang jer. enjin start. bayaran nya RM10.00!!!!!!!!!! tak keluar peluh pun dapat RM10.00!! tekan tu jer kot. bukan jauh pun workshop dia. depan tu jer.

kami perempuan kan.. kasik jer lah..

"thank you uncle!! "

dalam hati siapalah tahu..huuuuuuu... kureng punya mekanik!!

**************************

lepas siap 'repair' kereta ni, baru lah pergi rumah orang kahwin.. manis kakak aja ni. kitorang tak berkesempatan tengok diorang bersanding. sempat posing dalam bilik pengantin pengantin jer. hehe..

warna tema biru. simple but nice..


********************


balik dari rumah kawen tu , aku pulak drive. puasnya hati.. haha.. my abah tak kasik aku bawak keluar kereta lagi maaa...

tekan minyakkkkk... 80 jer paling tinggi. 'biar lambat asal selamat..ingatlah orang yang tersayang' .. ingat tu kawan-kawan....

sebiji kereta jer aku potong. berani tak? abaikan...haha

sampai rumah.. online.. tadddaaaa




Wednesday, December 1, 2010

HERO SAYA



korang mesti tengok cerita korea kan? mesti korang tangkap cintan kat mamat-mamat korea tu kan? mesti korang akan cakap macam ni:::


- hensem nya dia ni...
- kalaulah aku dapat macam ni kan best..
- aku nak dia ni, dia ini aku punya..
- oh! romatiknyaaaaaaa

haha..aku pun..

aku pun tangkap cintan kat mamat-mamat korea ni.dah lar hensem, pastu diorang bawa watak yang setiap perempuan pasti suka. MR RIGHT lah katakan..haha..

kalaulah ada lelaki macam ni nak kan aku, aku nak jugak... tak boleh lepaskan peluang ni..haha..pernah terfikir?? ke aku jer yang terfikir? kuat berangan saya ni.. huh! biarlah...haha



tapi dalam kehidupan realiti kita, hero yang macam ni ada tak?? ada jer..1 dalam 1000 kan?? ish...marah orang lelaki.. haha.. sory2..







Sunday, November 28, 2010

TUTORIAL KETUPAT


walaupun raya haji dah 2 minggu berlalu, tapi aku baru jer nak makan ketupat. hari ni bertarikh 28 November 2010 aku makan ketupat...haha.. jakon kah? kebetulan jer..

kisahnya.. semalam kitorang balik kampung sebab my abah nak potong pokok kelapa atok aku yang dah nak tumbang. senget dah pon. tunggu masa jer.
daun ketupat kan dari pokok kelapa..so disebabkan aku dah PRO menganyam ketupat ni , aku pon buatlah. haha.. dalam hati teringat.. " raya haji hari tu, aku tak makan ketupat mak masak pon..erm.. " haha..

sambil buat ketupat tu , my Mak Usu mintak aku jadi tutor ketupat dia..

" akak..mak usu tak pandai buat ketupat lah.."

"em..meh akak ajar..sini mak usu "

aku pun ajar mak usu aku menganyam ketupat..



"mak su nak ketupat jenis apa?? "

"mak su tak kesah..janji jadi."

haha...aku cuma tahu 2 jenis jer..tanya mak su aku macam aku tahu banyak jenis jer..haha

"okey mak su..ni pegang macam ni.. ha.tengok akak buat ni mak su.. "

"macam mana ni kak..!#@%$**(("

1 jam kemudian

"aduh akak..susah nya buat.tapi akak ajar mak su step jer lah ae. nanti mak su try buat kat rumah. sebab akak nak balik nanti.."

"okey mak su.."

hehe...selama 1 jam aku menjadi tutor ketupat. tetapi student aku tak dapat lagi....!! apa ni honey!!!!! tapi tak apalah. sebab mak usu aku dah tahu step. cuma tak dapat pegang dengan betul. biasalah first time.mestilah kekok...

sebelum aku balik..

"selamat belajar mak usu.." sambil salam mak su aku..

"haha..saja jer kau akak... "
sempat aku bagi semangat kat student aku. raya puasa tahun depan insyaALLAH mak su aku dapat buat. go go mak su!! ^_^






Saturday, November 20, 2010

RESEPI KEKALKAN BFF (BEST FREN FOREVER)


Aku baca benda ni dari majalah REMAJA. saja nak share kat semua yang tak beli majalah REMAJA...huhu.. aku pun nak share-share kat kengkawan aku... oke oke? ^_^
okeh. resepi-resepinya ialah :


1 ) 'TONG SAMPAH'

semua masalah tak kira lah masalah sekolah atau kolej , kawan , pakwe atau pun makwe dan family korang , sahabat tak pernah jemu untuk mendengar. Ada pulak sahabat sanggup bangun mendengar masalah korang pada waktu tengah malam. sahabat bukan sekadar 'tong sampah' malah sahabat juga akan menunjukkan rasa simpati terhadap masalah korang. Ini bermakna komunikasi dua hala sedang berlaku.. yeahhhh!! terbaik lah...dapat kurang beban... =)

2 ) KITA & PRIORITI

Seorang sahabat juga akan menemani korang ke mana jua..tak kira lah sama ada aktiviti yang dirancang ataupun tidak dirancang. tanpa banyak soal, sahabat akan menemani korang walaupun dia ada plan lain. tapi kalau sahabat korang tu ada plan yang lebih penting , jangan pula korang kacau plan dia..huhu.. kesian pulak.. :)

3 ) JUJUR LAR BEB..

contoh lar kan... "syu, kau nampak gemuk kat bahagian kaki lah. ish..tak cantik.." . ha...kenyataan ini memang kejam. tapi korang perlu bersyukur sebab ada kawan yang 'cakap lepas'. sekurang-kurangnya korang boleh berdiet. korang tak perlu beli seluar yang ketat-ketat. huhu.. percayalah..walaupun sahabat cakap macam tu, maybe itu merupakan teguran yang boleh korang improve diri korang... betul tak?

4 ) MULUT BERKUNCI

ini sangat penting!! sahabat lah yang berkongsi segala gosip dan masalah. namun, apabila korang menyentuh hal peribadi, seolah-olah mulut mereka terkunci. ini bermakna sahabat setia akan menyimpan segala rahsia peribadi korang..

5 ) STEADY

huhu..ini bab yang aku suka.. contoh nya : tiba-tiba korang cancel kan janji dengan sahabat korang. tapi sahabat korang tak kisah pun..dia tak ambil hati sikit pun...
contoh ke dua : korang ketawa kan sahabat korang sebab pakai baju terbalik. dia tak tersinggung pun dengan tindakan korang. huhu.... cuba bayangkan kalau korang ada sahabat yang mudah tersentap hanya kerana korang tak ajak pergi makan dengan kawan-kawan yang lain..??? menjengkelkan tak??

6 ) HAPPY

paling seronok jika sahabat korang asyik buat korang tertawa.setiap kali korang bercerita, ada sahaja lawak jenaka yang nak diceritakan. lagi bagus, kalau ada sahabat yang mampu membuatkan korang lupa masalah lampau..

7 ) PENASIHAT TERBAIK

ketika korang buntu dah tak tahu nak buat keputusan, si sahabat sedia memberi nasihat yang terbaik. sehingga si sahabat boleh menyenaraikan keputusan yang boleh korang ambil.

8 ) MURAH HATI

murah hati ni bukan bermaksud meterialistik atau memilih.. tapi sahabat yang murah hati boleh membantu korang di kala korang terdesak. tengah tak ada duit... bukan bererti korang boleh minta-minta sesuka hati.tu namanya mempergunakan duit orang..

9 ) RAMAH

sahabat korang ramai kawan??? jangan lah jeles sebab sahabat korang ramai kawan.. korang boleh suruh sahabat korang perkenalkan kepada korang.jangan ragu-ragu.. maybe korang pun boleh kamcing dengan diorang.. tol tol??


itu sahaja resepi nya.. persahabatan maybe dianggap 'simple'. namun untuk meneruskan kemesraan perhubungan tu, adalah sesuatu yang sangat sukar.

thanks der coz baca... ^_^

Friday, November 19, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI


semenjak hari tu, aku tak balik. hari tu.... ada lah dalam 3 minggu...hehe.. lama kan. aish.. rindu kat mak abah memang tak terkata. bagai tinggi menggunung. bagai gunung berapi mahu meletus. jika mahu diukur dengan tali tape pun tak cukup. kene sambung beribu ribu milion milion panjangnya...hehe... rindunya.. *ayat hiperbola


hari ini bertarikh 20 November 2010, aku akan pulang ke kampung halaman yang jauh dari tempat aku menuntut ilmu. mencari ilmu biar ke negeri China. hehe.. tapi bukan di negeri China. Negeri Selangor. hm....

kepulangan yang dinanti...
aku naik bas. tak tau pukul berapa. tak kisah lah...huhu..

sekadar gambar hiasan..


mak abah tunggu kat basten Batu Pahat oke. sebelum malam sampai lah.... =)



Wednesday, November 17, 2010

LOVE AND FRIENDS

Apa itu Cinta??

Cinta adalah kasih sayang.
Cinta adalah tanggungjawab.
Cinta adalah impian.
Cinta adalah LOVE..

Jika kita ingin berlari, belajarlah berlari dahulu.
Jika kita mahu berenang , belajarlah berenang dahulu.
Jika kita mahu dicintai, belajarlah mencintai dahulu..



~CINTA ITU BUTA~


Apa itu KAWAN?

Kawan adalah teman.
Kawan adalah teman di waktu berduka.
Kawan ibarat tangan dan mata.
Saat mata menangis, tangan lah yang menghapuskannya.
Saat tangan terluka, mata akan menangis..






*************************************************************************************


kisah LOVE AND FRIEND


Suatu hari, Cinta dan Kawan berjalan-jalan di sebuah taman. Taman itu terdapat sebuah perigi yang dalam. Sedang asyik berjalan, Cinta terjatuh dalam perigi itu. Kerana Cinta itu Buta.

Kawan segera menyelamatkan Cinta. Kerana Kawan sanggup melakukan apa sahaja demi Cinta.

Apabila Kawan sampai di dalam perigi, Cinta hilang. Kerana Cinta itu halus. Cinta sukar dicari apatah lagi di dalam perigi yang sangat gelap dan dalam.

Kawan terus mencari dan mencari Cinta. Walau di dalam perigi yang entah ke mana arah tuju. Kerana Kawan sejati setia menunggu.

RESIDENT EVIL

pernah tak anda anda semua terfikir nak jadi superhero? aku pernah.. aku nak jadi 'alice' watak kat Resident Evil. biarlah..aku nak jugak berangan.. :p

best nya kalau dunia ni memang betul-betul ada orang yang macam tu. ada BATMAN, SPIDERMAN , CICAKMAN, KLUANG MAN... tapi kalau macam tu polis tak banyak buat keje lah.ish2..tau2 orang jahat dah ada kat dalam lokap.kalau macam tu, semua orang jahat takut nak buat jahat. haha..semua baik-baik ek.

cerita resident evil ni pasal Alice yang pada mulanya orang biasa jer..tapi lepas tu dia kena tangkap ngan Umbrella Corp. Umbrella ni jahat..Umbrella ni jugak yang buat Alice jadi terror.ntah macam mane tah. apa yang dia letak tak tau lah.. huhu.. pastu Umbrella corp ni juga lar yang buat semua orang jadi zombi... WAARGGGGGGHHHHHH!! AKU NAK MAKAN DAGINGGGG!!!! WARGHHHH!!!
hahahaha....

kenapa suka watak ALICE :

1) gaya itu penting..




tu tengok..ada gaya tak? macho ar..walaupun dia girl..suka tengok gaya. pegang senapang..pistol..wahhh..minat..

2 ) keberanian

haha..resident evil ni lawan zombi. alice ni berani lawan zombi. dia tak takut pun kene gigit ngan kene makan. hehe.. walaupun dia tu perempuan, dia tetap selamatkan orang daripada kene gigit ngan zombi. gentle nya ...haha

3 ) sebab dia perempuan

banyak-banyak cerita kat dunia ni, selalunya heronya lelaki. tapi ada lah perempuan. macam Charlies Angle..

setakat ni aku dah tengok semua cerita ni. best-best. yang baru hari tu aku tengok kat wayang.. 1st time tengok resident evil kat wayang. memang gile best. haha..
tak bosan..

oke okeh~~ thanks baca yer.. da~~~

REHAT MINDA



selepas penat otak ni berjalan, tak berhenti selama 6 bulan, sekarang sudah masanya aku rehatkan minda. mesin pun ada rehat..apa lagi otak. sewel kang. siapa nak tanggung..?hehe.. study penat lar..apa nak buat... dah nama student. lainlah kalau namanya worker. huhu.. kenapa kita kene study?? nak senang kemudian hari.. senang tak aku nanti? insyaALLAH..dengan usaha aku. berkat doa mak abah adik abang.. dan mak angkat aku. mak angkat aku pernah berpesan ::

"asalamualaikum su.. mak ni.. seronok tak belajar kat sana? mak hanya dapat mendoakan dari jauh moga-moga su tercapai cita -cita su. walaupun su anak angkat mak. tapi mak tak keberatan nasihatkan su. agar su jaga pergaulan. dari segi pakaian mak tengok su ok. su jangan sampai terjerumus ke.... ingat pesan mak tau. su jauh ngan keluarga . tetapkan iman . jauhkan dari godaan syaitan. "

mak angkat aku pesan dekat sms. bukan face to tace. kalau face to face aku tak tau nak cakap apa. terdiam terus.pastu kuar hujan renyai.ooopsss.. yer..baik mak.su jaga pergaulan. setakat ni aku tak ada lah nak menggatal pun.huhu.. ish...TAK AKAN! jaga pergaulan tu nak... :) jangan sampai terjerumus.. INGAT TU....
sms ni mak hantar masa aku nak datang UPM. sms semangat dan nasihat namanya.. :P thanks mak..sayang gak mak kat su walaupun just anak angkat. i love u.. <3

habis paper 16hb Nov 2010 jam 7 malam. tarikh keramat..tarikh merdeka..tarikh kebebasan..tarikh penamat..tarikh final..tarikh hohoray...!
tak balik raya untuk pertama kalinya dalam hidup. maafkan ida mak abah..anak mu ini tak balik raya. jangan bersedih tanpa kehadiranku.. antara selangor dan johor. sangatlah jauh..maafkan daku..
.
hari raya korban.aku berkorban waktu tak balik beraya bersama family di kampung.saya sudah berkorban..anda bila lagi?? hehe..

aku tak balik sebab nak rehatkan minda. nak berjalan dulu sebelum balik kampung. rasional tak? sekali sekala kita merasa beraya tanpa family. lagipun raya korban aje. * poyo

kawan aku akan datang. nak berjalan..kami akan meronda kl. naik apa?? naik train lar. apa class naik kereta.. berjalan-jalan sahaja. shoping tidak. window2 jer.. rehatkanlah minda sepuas hati wahai cik HONEY BEE.. hohoho...

thats all.. =)


Saturday, October 30, 2010

TENIS


hari ini merupakan hari terakhir tenis dan hari terakhir aku membuat proses penjemuran. : P seronoknya main tenis hari ni..pengalaman pertama dalam hidup.tenis yang disangka macam sukan badminton..tapi lain rupanya.cara nak pegang tu.ada 2 cara..forehand dan backhand. pastu cara nak kira markah pula lain.pening lah aku.malas nak ambil tahu..huhu.. aku ambil kokurikulum tenis pun disebabkan kawan aku.hehe..suka ikut orang kan aku ni.lagipun nak tambah pengalaman. raket bukan aku beli pun.pinjam jer...hehe.jimat jimat...bijak bijak.. :D beli bola tenis jer.




hari ini pengalaman yang tidak akan aku lupakan.best sangat....sebab menang main tenis beregu tadi...JOHAN.TEMPAT PERTAMA. hehehe..bangga kot.haha..poyos.... mana lar sangka dapat johan main tenis.bukan pandai main pun.pakai pukul jer...hehe..

menang dapat hadiah bola tenis yang berharga RM12.00..mahal tau...hehe.3 biji jer.ada sesiapa yang nak beli bola tenis ni?? aku jual...hehe.. promot2..aku mana lah ada raket tenis..hehe..pinjam orang jer.

hari ini juga hari malang aku dengan nad.motor bocor... :P.. mana lah tahu motor nak pancit..sampai jer court, tayar dah bocor. patutlar lain macam jer bawak..penat aku fikir apa cara nak bawa balik motor pinjam ni.tengok...nampak sangat aku tak pandai jaga barang orang sampai bocor.haha..jangan bagi aku pinjam barang.. tetttttt... tapi aku repair balik lar..malas nak panjang cerita, aku telefon iklan orang yang boleh repair tayar,dia datang kolej. mahal lah. RM20.00!!!! mahal kan? kalau kedai berapa ringgit jer..tapi aku perempuan, susah lar nak bawak motor bocor. nak minta tolong lelaki aku segan. itu dinamakan malu tak bertempat. haha..senang cerita aku malas nak susahkan orang..lagi-lagi lelaki ni..malas lah.. :P

so, hari ni aku dapat 2 perkara yang baik dan buruk. yang baiknya menang tenis. yang buruk nya tayar motor bocor..

mesti rindu nak main tenis..tapi raket tak ada.bola jer ada.pukul guna tangan lah..haha.
bye2 MR TAN my fasilitator..thanks for teaching me about tenis.. :) enjoy....!

Sunday, October 10, 2010

PROGRAM AKU SERTAI

aku suka xtvt luar.cuma nak joint dalam sesuatu event tu macam malas.sebab aku memang malas nak joint apa-apa event.lagi-lagi kalau geng tak ada.pendek kata..aku memang kena ada kawan yang betul-betul kamcing dengan aku.tapi kalau dah pergi sesuatu event tu memang seronok sebab dapat tambah ramai kenalan.tu yang penting.haha..

sejak aku masuk IPT ni, macam-macam xtvt aku dah pergi.senarai yang berikut ::

1 ) program KEPEMIMPINAN KEUSAHAWANAN. program aku ni memang aku tak nak pergi pada mulanya.malas tau.huhu..lagipun orang urusetia tu tak telefon aku pun.dia telefon kawan-kawan aku jer...hampeh!hehe.. nak dijadikan cerita macam mana aku boleh pergi,, rumet aku lah yang telah mempengaruhi aku.dia ajak aku pergi jer kat BHEP tu interview.nak pergi program ni kene interview dulu tau.ha!bayangkan gempak ke tak gempak..haha. aku pergi dengan kwan aku 2 orang lagi. tapi kawan aku seorang lagi tak dapat..baru ingat nak bertiga. tinggal berdua jer. ok lar tu. program ni buat kat Melaka. 5 hari 4 malam. lama nya aku rasa. bosan bosan. tapi tempat semua selesa. mana tak nya..duduk kat hotel.makan banyak..
aku pergi dengan rumet aku berdua jer.tak kenal sesiapa pun kat situ.redha jer lah. muka pelik-pelik jer.hehe.. tapi setelah lima hari aku mengikuti program ni, banyak yang aku dapat. rupanya tak rugi kita pergi program yang macam ni..macam-macam xtvt aku buat.dapat kemahiran insaniah.haha..yelah..mengajar aku nak bercakap kat depan orang ramai..berdikari..berani..:P
2 ) selepas program itu,aku pergi program ANAK ANGKAT JOHOR. kali ni, program ni buat pada cuti sem. ish! kacau orang nak berholiday jer kan. ingat aku nak pergi ke?? malas tau.dah la aku tak ada kawan.ada tu ada...tapi tak rapat.. tapi mengenangkan program ni anak Johor punya, aku pun join. program ni berjalan selama 3 hari agaknya. aku dah lupa..hehe.. buat kat Kota Tinggi. rupa-rupanya tempat ni dekat dengan rumah aku dulu.seronoknya balik tempat lama. pesan kat mak aku:: (mak..kak rindu masa kecil-kecil di waterfall.nak terjun kolam dengan air terjun.. ) sedih pulak.huhu.. sampai saja kat Kota Tinggi , pembahagian family angkat dilakukan. dalam hati berdoa : (minta-minta lah aku dapat adik beradik angkat yang okay ) . aku dapat family angkat yang okay. adik beradik angkat aku pun okay. semua baik-baik. hehe..setelah selesai 3hari di Kota , balik ke Batu Pahat semula. bas ni tinggal kan aku kat tol jer??haha..nasib baik mak bapak aku da datang ambil aku. dari family angkat aku..aku dapat kerongsang. terima kasih mak..syu sayang mak angkat. tapi sampai sekarang aku tak contact dia. aku contact adik angkat aku jer. tu pun sebab dia ada fb.hehe.,. masuk ni..dah 2 family angkat aku dah ada. satu kat BP. tu boleh lah aku contact. dekat... satu jer aku nak sangat hargai dekat kedua-dua family angkat aku..mereka anggap aku macam anak sendiri.diorang tak kesah. masuklah dapur tu ikut suka. makan jerr.."mak tak kesah'' haha.. daripada program ni, banyak yang aku dapat. seronok sebenarnya. lagi-lagi masa program tangkap ikan dekat lombong. wah! first time in my life.! mak angkat rock! tengok gambar ni ae..hehe..



3 ) program yang seterusnya ialah program Family Day di PD. program ni kawan yang kat keusahawan yang ajak..memang seronok. camping. pakai khemah.bbq.. aku pergi ni berdua jer dengan rumet. tapi kali ni aku betul-betul nak pergi. tak tau lah sebab apa. hehe..tiada paksaan.program ni 2 hari 1 malam jer kot. lupa lagi deh.. 1st day bukan kat PD. kat pusat KOKO jer..hehe..buat pemilihan fasi untuk program akan datang. aku tak nak. tapi terpilih..hampeh! buat-buat seronok..pengalaman kan.. sampai jer kat PD, adalah ajk yang konon -konon garang..menyampah i! haha.. kat sana bbq..bes nye..makan ramai-ramai..kan seronok tu..last day kat PD..main pantai. main banana boat. kesian kat rumet aku. dia nyaris-nyaris nak lemas. aku menjadi heroin. selamat kan sya!!! cepat-cepat... takut aku tengok hidung dia berdarah..aku terus ajak dia jangan main pantai. terus naik ke atas. pergi bilas dan siap-siap nak baik kolej..


4 ) program yang seterusnya aku joint program FASI di Sekolah Bestari Seri Pekan. program ni memang betul-betul mencabar aku. aku kene pandai bermain emosi lah tu lah ni lah .. macam-macam . aku jadi fasi untuk budak form 5. dah besar-besar sebenarnya..hehe.. aku pergi ni pun dengan rumet aku. program ni dapat sijil.hehe.. program ni pun seronok. lagi banyak aku belajar untuk menjadi seorang yang lebih berkepimpinan. poyo kan..tapi memang betul lah. kita nak jaga budak-budak sekolah, dengar masalah diorang , jadi idol kat diorang , biar diorang terus bersemangat untuk menghadapi SPM hujung tahun ni. kan susah tu..huhu.. remaja katakan.. kat program ni aku dapat ramai adik..diorang pun tak lost contact dengan aku. baik nya...hehe.. satu lagi.aku dapat belajar macam LDK..best2!gambar bawah ni adik-adik aku tengah berfikir gila-gila. kesian kan diorang..hehe..main katak oh katak..



5 ) program kali ni macam rombongan jer. lagi best. mana tak nya. kita tak perlu berfikir apa-apa. keluar duit jer. hehe.. pergi ikut catur bestari.. dua hari jer..tengok orang main catur.. kalaulah aku pandai main, kan best. kaya aku kalau menang. dapat duit tu..hehe..program ni buat di JB. pulang ke kampung halaman. walaupun jauh lagi.hehe..tapi team UPM kalah.its okay..cool man..haha..


6 ) program yang seterusnya ialah program Consumer Survival yang diadakan di Pantai Balok , Cherating Pahang pada 17 hingga 19 bulan 7 .. 3 hari 2 malam . program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Pengguna. Program ni banyak budak sekolah yang join. tapi memang UPM jer budak besar. yang lain semua budak sekolah.haha..kan lagi seronok. program ni mengajar aku macam mana nak masak menggunakan kayu api. macam main masak - msak kat belakang rumah dulu..hehe.. selama 3 hari 2 malam , setiap ahli kumpulan perlu masak sendiri. urusetia tak masak kan pun. beli kan ke..ish2.. masak lar apa yang telah kiorang beli kat Alamanda. memang survival betul program ni. tapi segala peraturannya tak ketat langsung pun. fasi dia pun sporting-sporting dan ada yang handsome. gatal...! tu yang buat kita semua bersemangat kan..

7 ) program yang seterusnya ialah program PAINTBALL. kali kedua aku masuk. memang mencabar. ada orang kata sakit main game ni.takut ke?? adoi ai! kalau tak sakit bukan namanya paintball. betul tak?? main masak-masak jer lar..hehe..kepada sesiapa yang terasa tu aku minta maaf. tapi memang aku tau..ada orang cakap macam tu. memang sudah hakikat kalau nak bermain xtvt lasak kena lah dari segi minda mental dan fizikal. tak kira lah sakit ke lebam ke..kejap jer tu..hehe.. baru hari ini dan semalam aku main paintball ni. dalam masa 2 hari ni, macam- macam xtvt aku buat. paintball, kayak , flying fox, kayak, berbasikal. paintball betul-betul buat aku geram. tak apa..kita cuba lagi tahun depan okay.. kayak 1st time aku main. dulu nak main masa sekolah rendah. tapi tak cukup kayak. berendam jer kat laut tu. hampeh kan. main kayak kat bukit ekspo...sangat seronok.. pastu main flying fox. lagi lah takut. tapi beranikan diri. game ni pun dah lama aku nak main. tapi tak kesampaian masa camping Form 6. rugi-rugi. berlaku incident yang memalukan aku.hahaha..malu seyh!! berbasikal pula..sewa basikal di K2. Seringgit sehari. murah jer..berbasikal untuk pulang ke kolej. lalu jalan jauh. jalan ke K17. saja jalan-jalan cari pasal..pergi round veterina fak..dewan besar..singgah beli air di fak eko..penat memang penat.asalkan happy.. :)

Thursday, September 23, 2010

PENGGUNA BIJAK


tau tak maksud pengguna bijak?? pengguna bijak ni bermaksud pengguna atau pembeli yang bijak membeli lah. bijak membanding harga , kualiti barang , dan sewaktu dengan nya lah. kerajaan pun ada menggalakkan. eh bukan setakat menggalakkan ,...tapi mengarah, menyuruh , rakyat nya supaya menjadi pengguna yang bijak. pengguna yang bijak mendatangkan banyak kebaikan daripada keburukan.

saya setuju ini..

aku bukan pengguna yang bijak kalau nak diikutkan. banyak kali berlaku. korang pun same kan. lagi2 kalau korang beli barang tu harganya mahal. tapi kat kedai satu lagi murah. huhu..

oke..masuk ke cerita aku.

tadi aku berjalan jalan...berkaro karo...bersoping soping... then, pergi beli barang di satu tempat tuh. harganya RM*.**.. lepas tu , aku dan kengkawan aku pegi makan. lepas siap memenuhkan perut yang kosong tadi , kitorang sambung soping-soping. masuk kedai ITU. saje lah menilik harga barang yang dah aku beli tadi kat kedai ITU. eh! harga nya jauh lebih murah dari kedai yang tadi tu lar.. dan aku berkata !#@$#&%$*^%(*&^)(@^$#*^%*& teeeeeeeetttttttttt...!

haha...tak de lar sumpah seranah..sumpah senonoh jer...haha..

kalau aku nak pikir2 balik..sekiranya aku ingin menjadi pengguna yang bijak, aku perlu berjalan lebih banyak lagi dan masuk kedai yang banyak lagi. jadilah pengguna yang bijak! pandai membanding harga. dan jika harga yang kat kedai ITU jauh lebih murah terpaksa lah kite berpatah balik.hahahah...betul ke tak?

jadi di sini dapatlah disimpulkan bahawa..aku bukanlah seorang pengguna yang bijak.
dan dapatlah satu pengajaran supaya kita perlu membuat perancangan kewangan sebagai seorang pelajar.

Thursday, September 9, 2010

MALAM RAYA

ALLAHU AKBAR..
ALLAHU AKBAR..
LAILAHAILLALLAHUALLAHU AKBAR..
ALLAHU AKBAR WALILLAHILHAM..

bergema takbir di angkasa,,,
seluruh bayu meresap ke dalam jiwa..
betapa hatiku terharu..

**petikan lagu

seronoknya bila tiba hari raya. berakhirnya Ramadhan..menyambut kedatangan bulan Syawal pula.


malam raya memang seronok. tapi aku tak balik kampung macam org lain. kampung aku dekat..balik esok siang jer. malam raya aku ngan family pergi shoping kat bandar. beli barang yang tak terbeli. hehe..

malam raya pon mula lah kawan2 hantar msg raya. nak cerita lar ni..hahaha.. malu nya shayer..
oke2. aku pon reply semua msg raya kawan2 aku. so, caranya aku just edit dari msg2 yang aku saved kat dlm handset aku ni. sedap jer mereply msg diorg nih.

tiba2 kwn baik aku msg aku.dalam hati aku "ni mesti nak ajak konvoi raya,"
msg die : ko bg msg aidil adha....

hah?! aku bagi msg aidil adha punye? yeke? cpt2 aku cek balik. iyelah! aku bagi msg aidil adha. betapa malunya aku tak tertanggung. nasib baik lar aku bagi msg AIDILADHA ni kat 2 org jer dan perempuan jer..kalau ramai dan lelaki alamtnya menanggung malulah aku...adoiiiiiiiiiiiiiiiaaaaiiiiiiiiiiiiii!

Friday, August 27, 2010

MELEPASKAN PERGI


kadang-kadang hidup ini perlu melepaskan sesuatu yang kita ada.



walaupun hati berkata lain, mulut kata lain.



sedar bahawa benda itu tidak patut dimiliki.



kerana diri ini tidak layak untuk memiliki.



jangan memilih aku.



maaf.aku maaf.



terima kasih atas segalanya...
















Friday, August 13, 2010

PUASA OH PUASA

bila tiba bulan puasa jer, mula lar banyak bazaar Ramadhan...

nak pergi bazaar kat tempat ku..seronoknya tengok makanan. tengok org..mmg seronok.

lau pergi bazaar kene lar dtg awal..nati makanan abes. orang yang menjual pun nak buka jugak..hehe..

tapi lau pergi lambat pon best gak. ape yang best???? beli air murah...!!! 3 seringgit...!! beli beli beli!!! pilih jer nak mane..wane biru ade, merah , oren , hijau...aiyo...best nye..terliur... ;)

apa yang ku nak beli pergi bazaar???






ni lar... murtabak..! sedapnye...


pak cik murtabak! saye order 1 balik kampung nanti...hehehe..









selain murtabak, ade lagi yang ku nak beli kat bazaar Ramadhan... :)












TAUHU BEKU!!!! atau pon TAUFU

FA.tak tau lah org panggil ape..ku
panggil TAUHU BEKU.. kalau tmpt ku, ade 1 gerai tauhu beku yang sangat sedap.air die pon sedap sangat.. nanti balik siap ar... :D
oke lah..banyak lagi yang ku nak beli..tapi tersenarai.huhu..cau! ;)

Wednesday, August 11, 2010

SAYA BUDAK BARU BELAJAR


saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan
baru jer nak menjinak-jinak kan diri ni menulis blog. walaupun dulu tu ade niat nak wat blog. tapi baru sekarang buat. jadi kepada siape yang telah mendorong saye untuk menulis blog ni, sila bantu saye...saye budak baru..saye tak tau ape-ape.saye telah memasuki alam baru. yang saye sendiri tak tau...ehem! :)
ucapan ini saye tujukan khas untuk seharum mawar..tq..


Sunday, July 25, 2010

@SYABEAN@

mr.bean punye patung..comel
kan...

da lame ku nak beli patung mr.bean ni...dari tahon lepas.finally!
patung ni bukan ku yang beli..rumet ku yg beli kan..tq so much!!!! syg u....hehe..



mase tu ku ngan rumetku ikot rombongan g UUM.then dah telanjur ke Kedah tu, singgah ler kat

Padang Besar, Perlis. Jakon ku dibuatnye..Sepanjang perjalanan ke Padang Besar tu , lalu ladang tebu.luasnya...............!!! sangat hepy tgk..hehe..yelah,tak penah tgk kan.. ;)



sampai jer kat Padang Besar..ku & rumet pon shoping..biase lar kan da sampai tempat memborong.ape lagi..byk ku shoping.law pergi ngan emak kompem lagi bes! hehe..free... ;)



pastu ku & rumet pegi kat tempat jual patung.rumet tanya pendapatku pasal patung bean mane yang cantik..then, ku pun cakap yang ini..ingat die beli untuk diri sendiri..tapi tetibe lak bagi kat ku..wah! suprise bebe! hehe..

cukuplah koleksi MR BEAN ku..selipar,bantal , patung..hehe.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...