Sunday, October 10, 2010

PROGRAM AKU SERTAI

aku suka xtvt luar.cuma nak joint dalam sesuatu event tu macam malas.sebab aku memang malas nak joint apa-apa event.lagi-lagi kalau geng tak ada.pendek kata..aku memang kena ada kawan yang betul-betul kamcing dengan aku.tapi kalau dah pergi sesuatu event tu memang seronok sebab dapat tambah ramai kenalan.tu yang penting.haha..

sejak aku masuk IPT ni, macam-macam xtvt aku dah pergi.senarai yang berikut ::

1 ) program KEPEMIMPINAN KEUSAHAWANAN. program aku ni memang aku tak nak pergi pada mulanya.malas tau.huhu..lagipun orang urusetia tu tak telefon aku pun.dia telefon kawan-kawan aku jer...hampeh!hehe.. nak dijadikan cerita macam mana aku boleh pergi,, rumet aku lah yang telah mempengaruhi aku.dia ajak aku pergi jer kat BHEP tu interview.nak pergi program ni kene interview dulu tau.ha!bayangkan gempak ke tak gempak..haha. aku pergi dengan kwan aku 2 orang lagi. tapi kawan aku seorang lagi tak dapat..baru ingat nak bertiga. tinggal berdua jer. ok lar tu. program ni buat kat Melaka. 5 hari 4 malam. lama nya aku rasa. bosan bosan. tapi tempat semua selesa. mana tak nya..duduk kat hotel.makan banyak..
aku pergi dengan rumet aku berdua jer.tak kenal sesiapa pun kat situ.redha jer lah. muka pelik-pelik jer.hehe.. tapi setelah lima hari aku mengikuti program ni, banyak yang aku dapat. rupanya tak rugi kita pergi program yang macam ni..macam-macam xtvt aku buat.dapat kemahiran insaniah.haha..yelah..mengajar aku nak bercakap kat depan orang ramai..berdikari..berani..:P
2 ) selepas program itu,aku pergi program ANAK ANGKAT JOHOR. kali ni, program ni buat pada cuti sem. ish! kacau orang nak berholiday jer kan. ingat aku nak pergi ke?? malas tau.dah la aku tak ada kawan.ada tu ada...tapi tak rapat.. tapi mengenangkan program ni anak Johor punya, aku pun join. program ni berjalan selama 3 hari agaknya. aku dah lupa..hehe.. buat kat Kota Tinggi. rupa-rupanya tempat ni dekat dengan rumah aku dulu.seronoknya balik tempat lama. pesan kat mak aku:: (mak..kak rindu masa kecil-kecil di waterfall.nak terjun kolam dengan air terjun.. ) sedih pulak.huhu.. sampai saja kat Kota Tinggi , pembahagian family angkat dilakukan. dalam hati berdoa : (minta-minta lah aku dapat adik beradik angkat yang okay ) . aku dapat family angkat yang okay. adik beradik angkat aku pun okay. semua baik-baik. hehe..setelah selesai 3hari di Kota , balik ke Batu Pahat semula. bas ni tinggal kan aku kat tol jer??haha..nasib baik mak bapak aku da datang ambil aku. dari family angkat aku..aku dapat kerongsang. terima kasih mak..syu sayang mak angkat. tapi sampai sekarang aku tak contact dia. aku contact adik angkat aku jer. tu pun sebab dia ada fb.hehe.,. masuk ni..dah 2 family angkat aku dah ada. satu kat BP. tu boleh lah aku contact. dekat... satu jer aku nak sangat hargai dekat kedua-dua family angkat aku..mereka anggap aku macam anak sendiri.diorang tak kesah. masuklah dapur tu ikut suka. makan jerr.."mak tak kesah'' haha.. daripada program ni, banyak yang aku dapat. seronok sebenarnya. lagi-lagi masa program tangkap ikan dekat lombong. wah! first time in my life.! mak angkat rock! tengok gambar ni ae..hehe..



3 ) program yang seterusnya ialah program Family Day di PD. program ni kawan yang kat keusahawan yang ajak..memang seronok. camping. pakai khemah.bbq.. aku pergi ni berdua jer dengan rumet. tapi kali ni aku betul-betul nak pergi. tak tau lah sebab apa. hehe..tiada paksaan.program ni 2 hari 1 malam jer kot. lupa lagi deh.. 1st day bukan kat PD. kat pusat KOKO jer..hehe..buat pemilihan fasi untuk program akan datang. aku tak nak. tapi terpilih..hampeh! buat-buat seronok..pengalaman kan.. sampai jer kat PD, adalah ajk yang konon -konon garang..menyampah i! haha.. kat sana bbq..bes nye..makan ramai-ramai..kan seronok tu..last day kat PD..main pantai. main banana boat. kesian kat rumet aku. dia nyaris-nyaris nak lemas. aku menjadi heroin. selamat kan sya!!! cepat-cepat... takut aku tengok hidung dia berdarah..aku terus ajak dia jangan main pantai. terus naik ke atas. pergi bilas dan siap-siap nak baik kolej..


4 ) program yang seterusnya aku joint program FASI di Sekolah Bestari Seri Pekan. program ni memang betul-betul mencabar aku. aku kene pandai bermain emosi lah tu lah ni lah .. macam-macam . aku jadi fasi untuk budak form 5. dah besar-besar sebenarnya..hehe.. aku pergi ni pun dengan rumet aku. program ni dapat sijil.hehe.. program ni pun seronok. lagi banyak aku belajar untuk menjadi seorang yang lebih berkepimpinan. poyo kan..tapi memang betul lah. kita nak jaga budak-budak sekolah, dengar masalah diorang , jadi idol kat diorang , biar diorang terus bersemangat untuk menghadapi SPM hujung tahun ni. kan susah tu..huhu.. remaja katakan.. kat program ni aku dapat ramai adik..diorang pun tak lost contact dengan aku. baik nya...hehe.. satu lagi.aku dapat belajar macam LDK..best2!gambar bawah ni adik-adik aku tengah berfikir gila-gila. kesian kan diorang..hehe..main katak oh katak..



5 ) program kali ni macam rombongan jer. lagi best. mana tak nya. kita tak perlu berfikir apa-apa. keluar duit jer. hehe.. pergi ikut catur bestari.. dua hari jer..tengok orang main catur.. kalaulah aku pandai main, kan best. kaya aku kalau menang. dapat duit tu..hehe..program ni buat di JB. pulang ke kampung halaman. walaupun jauh lagi.hehe..tapi team UPM kalah.its okay..cool man..haha..


6 ) program yang seterusnya ialah program Consumer Survival yang diadakan di Pantai Balok , Cherating Pahang pada 17 hingga 19 bulan 7 .. 3 hari 2 malam . program ini dianjurkan sempena sambutan Hari Pengguna. Program ni banyak budak sekolah yang join. tapi memang UPM jer budak besar. yang lain semua budak sekolah.haha..kan lagi seronok. program ni mengajar aku macam mana nak masak menggunakan kayu api. macam main masak - msak kat belakang rumah dulu..hehe.. selama 3 hari 2 malam , setiap ahli kumpulan perlu masak sendiri. urusetia tak masak kan pun. beli kan ke..ish2.. masak lar apa yang telah kiorang beli kat Alamanda. memang survival betul program ni. tapi segala peraturannya tak ketat langsung pun. fasi dia pun sporting-sporting dan ada yang handsome. gatal...! tu yang buat kita semua bersemangat kan..

7 ) program yang seterusnya ialah program PAINTBALL. kali kedua aku masuk. memang mencabar. ada orang kata sakit main game ni.takut ke?? adoi ai! kalau tak sakit bukan namanya paintball. betul tak?? main masak-masak jer lar..hehe..kepada sesiapa yang terasa tu aku minta maaf. tapi memang aku tau..ada orang cakap macam tu. memang sudah hakikat kalau nak bermain xtvt lasak kena lah dari segi minda mental dan fizikal. tak kira lah sakit ke lebam ke..kejap jer tu..hehe.. baru hari ini dan semalam aku main paintball ni. dalam masa 2 hari ni, macam- macam xtvt aku buat. paintball, kayak , flying fox, kayak, berbasikal. paintball betul-betul buat aku geram. tak apa..kita cuba lagi tahun depan okay.. kayak 1st time aku main. dulu nak main masa sekolah rendah. tapi tak cukup kayak. berendam jer kat laut tu. hampeh kan. main kayak kat bukit ekspo...sangat seronok.. pastu main flying fox. lagi lah takut. tapi beranikan diri. game ni pun dah lama aku nak main. tapi tak kesampaian masa camping Form 6. rugi-rugi. berlaku incident yang memalukan aku.hahaha..malu seyh!! berbasikal pula..sewa basikal di K2. Seringgit sehari. murah jer..berbasikal untuk pulang ke kolej. lalu jalan jauh. jalan ke K17. saja jalan-jalan cari pasal..pergi round veterina fak..dewan besar..singgah beli air di fak eko..penat memang penat.asalkan happy.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...