Saturday, December 18, 2010

DAH TAK SELAMAT

tongkang pechah dah tak selamat...!!! run runnn!! baca tak berita tentang seorang pelajar mati di tongkang pechah.
kat bawah ni aku copy berita dari BERITA HARIAN::

BATU PAHAT- Polis menahan dua remaja selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di mana mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya di sebuah kebun sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon, berkata suspek berusia 15 dan 16 tahun itu ditahan selepas salah seorang daripadanya membuat laporan berhubung kejadian itu mendakwa dia menyaksikan rakannya membunuh mangsa di kebun berkenaan. “Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Hasil soal siasat, mereka kemudiannya membawa polis ke satu lokasi di kebun sawit di mana mayat mangsa ditemui kira-kira jam 5 petang,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Adnan berkata, Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dipercayai dibunuh di kebun sawit terbabit Rabu lalu berdasarkan laporan kehilangannya. Difahamkan, mangsa ditikam menggunakan objek tajam kira-kira 100 meter dari rumahnya sebelum diheret ke dalam kebun terbabit.

"Mayat mangsa ditemui tersembunyi di bawah timbunan daun kelapa sawit dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat satu kesan tikaman pada badan mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Batu Pahat untuk dibedah siasat," katanya. Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Polis akan menjalankan siasatan lanjut termasuk menjalankan ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek.

Dengan penangkapan dua suspek terbabit, polis percaya kes ini selesai," katanya. Siti Mazni, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra dilaporkan hilang selepas berjumpa rakannya Rabu lalu.

Sementara itu, nenek mangsa, Mailiah Idris, berkata kehilangan Siti Mazni dimaklumkan bapa arwah, Abdul Rahman Hassan, 43, apabila beliau mencari anak sulung daripada empat beradik itu sehari selepas dilaporkan hilang. "Saya ada di rumah ketika kejadian dan Siti Mazni memberitahu ingin keluar rumah untuk bertemu rakan di kawasan berhampiran pada kira-kira jam 5 petang. "Selepas itu dia tidak pulang ke rumah dan saya menganggap dia terus membantu ibu bapanya berniaga roti canai di Tongkang Pechah. "

Bagaimanapun, apabila ibu bapanya pulang dan mencarinya, barulah kami sedar kehilangannya dan membuat laporan polis di balai Tongkang Pechah keesokan harinya," katanya.

**********************
apa lah budak-budak zaman sekarang ni. apa nak jadi.. bermasalah. sampai bunuh-bunuh.
aku tak kenal pun budak yang membunuh ni. budak yang kena bunuh pun tak kenal. adik aku kenal lah. huhu..

baru form 4. dah pandai bunuh orang. kata nya budak yang membunuh ni dah dibuang sekolah. couple dengan si mangsa. dah ajal budak perempuan ni..

mesti sedih family si mangsa. anak yang tak berpenyakit, tak sakit-sakit, tiba-tiba mati dengan cara yang sangat kejam.

family budak yang membunuh pun mesti sedih juga kan. mana nak letak air muka. "you drop my water face!" haha.. sedih oi..anak yang dijaga baik-baik tetiba buat malu family. satu malaysia tahu.

p/s ::::




2 comments:

maWar MeraH said...

syu...aku tgok berite ni smlm..terkejut dowh dgr berite ni...kt tongkang pecah plak tu..tros aku ingt ko..aish...macam2 budak2 sekarang ni...sayang ke namenye kalu sampai sanggup membunuh...Ya Allah...

sHiN wAu said...

tu lar pasal. dekat ngan umah atuk aku..
dak laki ni gilo agaknya..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...