Wednesday, November 17, 2010

REHAT MINDA



selepas penat otak ni berjalan, tak berhenti selama 6 bulan, sekarang sudah masanya aku rehatkan minda. mesin pun ada rehat..apa lagi otak. sewel kang. siapa nak tanggung..?hehe.. study penat lar..apa nak buat... dah nama student. lainlah kalau namanya worker. huhu.. kenapa kita kene study?? nak senang kemudian hari.. senang tak aku nanti? insyaALLAH..dengan usaha aku. berkat doa mak abah adik abang.. dan mak angkat aku. mak angkat aku pernah berpesan ::

"asalamualaikum su.. mak ni.. seronok tak belajar kat sana? mak hanya dapat mendoakan dari jauh moga-moga su tercapai cita -cita su. walaupun su anak angkat mak. tapi mak tak keberatan nasihatkan su. agar su jaga pergaulan. dari segi pakaian mak tengok su ok. su jangan sampai terjerumus ke.... ingat pesan mak tau. su jauh ngan keluarga . tetapkan iman . jauhkan dari godaan syaitan. "

mak angkat aku pesan dekat sms. bukan face to tace. kalau face to face aku tak tau nak cakap apa. terdiam terus.pastu kuar hujan renyai.ooopsss.. yer..baik mak.su jaga pergaulan. setakat ni aku tak ada lah nak menggatal pun.huhu.. ish...TAK AKAN! jaga pergaulan tu nak... :) jangan sampai terjerumus.. INGAT TU....
sms ni mak hantar masa aku nak datang UPM. sms semangat dan nasihat namanya.. :P thanks mak..sayang gak mak kat su walaupun just anak angkat. i love u.. <3

habis paper 16hb Nov 2010 jam 7 malam. tarikh keramat..tarikh merdeka..tarikh kebebasan..tarikh penamat..tarikh final..tarikh hohoray...!
tak balik raya untuk pertama kalinya dalam hidup. maafkan ida mak abah..anak mu ini tak balik raya. jangan bersedih tanpa kehadiranku.. antara selangor dan johor. sangatlah jauh..maafkan daku..
.
hari raya korban.aku berkorban waktu tak balik beraya bersama family di kampung.saya sudah berkorban..anda bila lagi?? hehe..

aku tak balik sebab nak rehatkan minda. nak berjalan dulu sebelum balik kampung. rasional tak? sekali sekala kita merasa beraya tanpa family. lagipun raya korban aje. * poyo

kawan aku akan datang. nak berjalan..kami akan meronda kl. naik apa?? naik train lar. apa class naik kereta.. berjalan-jalan sahaja. shoping tidak. window2 jer.. rehatkanlah minda sepuas hati wahai cik HONEY BEE.. hohoho...

thats all.. =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...