Saturday, November 20, 2010

RESEPI KEKALKAN BFF (BEST FREN FOREVER)


Aku baca benda ni dari majalah REMAJA. saja nak share kat semua yang tak beli majalah REMAJA...huhu.. aku pun nak share-share kat kengkawan aku... oke oke? ^_^
okeh. resepi-resepinya ialah :


1 ) 'TONG SAMPAH'

semua masalah tak kira lah masalah sekolah atau kolej , kawan , pakwe atau pun makwe dan family korang , sahabat tak pernah jemu untuk mendengar. Ada pulak sahabat sanggup bangun mendengar masalah korang pada waktu tengah malam. sahabat bukan sekadar 'tong sampah' malah sahabat juga akan menunjukkan rasa simpati terhadap masalah korang. Ini bermakna komunikasi dua hala sedang berlaku.. yeahhhh!! terbaik lah...dapat kurang beban... =)

2 ) KITA & PRIORITI

Seorang sahabat juga akan menemani korang ke mana jua..tak kira lah sama ada aktiviti yang dirancang ataupun tidak dirancang. tanpa banyak soal, sahabat akan menemani korang walaupun dia ada plan lain. tapi kalau sahabat korang tu ada plan yang lebih penting , jangan pula korang kacau plan dia..huhu.. kesian pulak.. :)

3 ) JUJUR LAR BEB..

contoh lar kan... "syu, kau nampak gemuk kat bahagian kaki lah. ish..tak cantik.." . ha...kenyataan ini memang kejam. tapi korang perlu bersyukur sebab ada kawan yang 'cakap lepas'. sekurang-kurangnya korang boleh berdiet. korang tak perlu beli seluar yang ketat-ketat. huhu.. percayalah..walaupun sahabat cakap macam tu, maybe itu merupakan teguran yang boleh korang improve diri korang... betul tak?

4 ) MULUT BERKUNCI

ini sangat penting!! sahabat lah yang berkongsi segala gosip dan masalah. namun, apabila korang menyentuh hal peribadi, seolah-olah mulut mereka terkunci. ini bermakna sahabat setia akan menyimpan segala rahsia peribadi korang..

5 ) STEADY

huhu..ini bab yang aku suka.. contoh nya : tiba-tiba korang cancel kan janji dengan sahabat korang. tapi sahabat korang tak kisah pun..dia tak ambil hati sikit pun...
contoh ke dua : korang ketawa kan sahabat korang sebab pakai baju terbalik. dia tak tersinggung pun dengan tindakan korang. huhu.... cuba bayangkan kalau korang ada sahabat yang mudah tersentap hanya kerana korang tak ajak pergi makan dengan kawan-kawan yang lain..??? menjengkelkan tak??

6 ) HAPPY

paling seronok jika sahabat korang asyik buat korang tertawa.setiap kali korang bercerita, ada sahaja lawak jenaka yang nak diceritakan. lagi bagus, kalau ada sahabat yang mampu membuatkan korang lupa masalah lampau..

7 ) PENASIHAT TERBAIK

ketika korang buntu dah tak tahu nak buat keputusan, si sahabat sedia memberi nasihat yang terbaik. sehingga si sahabat boleh menyenaraikan keputusan yang boleh korang ambil.

8 ) MURAH HATI

murah hati ni bukan bermaksud meterialistik atau memilih.. tapi sahabat yang murah hati boleh membantu korang di kala korang terdesak. tengah tak ada duit... bukan bererti korang boleh minta-minta sesuka hati.tu namanya mempergunakan duit orang..

9 ) RAMAH

sahabat korang ramai kawan??? jangan lah jeles sebab sahabat korang ramai kawan.. korang boleh suruh sahabat korang perkenalkan kepada korang.jangan ragu-ragu.. maybe korang pun boleh kamcing dengan diorang.. tol tol??


itu sahaja resepi nya.. persahabatan maybe dianggap 'simple'. namun untuk meneruskan kemesraan perhubungan tu, adalah sesuatu yang sangat sukar.

thanks der coz baca... ^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...