Friday, November 19, 2010

KEPULANGAN YANG DINANTI


semenjak hari tu, aku tak balik. hari tu.... ada lah dalam 3 minggu...hehe.. lama kan. aish.. rindu kat mak abah memang tak terkata. bagai tinggi menggunung. bagai gunung berapi mahu meletus. jika mahu diukur dengan tali tape pun tak cukup. kene sambung beribu ribu milion milion panjangnya...hehe... rindunya.. *ayat hiperbola


hari ini bertarikh 20 November 2010, aku akan pulang ke kampung halaman yang jauh dari tempat aku menuntut ilmu. mencari ilmu biar ke negeri China. hehe.. tapi bukan di negeri China. Negeri Selangor. hm....

kepulangan yang dinanti...
aku naik bas. tak tau pukul berapa. tak kisah lah...huhu..

sekadar gambar hiasan..


mak abah tunggu kat basten Batu Pahat oke. sebelum malam sampai lah.... =)



Wednesday, November 17, 2010

LOVE AND FRIENDS

Apa itu Cinta??

Cinta adalah kasih sayang.
Cinta adalah tanggungjawab.
Cinta adalah impian.
Cinta adalah LOVE..

Jika kita ingin berlari, belajarlah berlari dahulu.
Jika kita mahu berenang , belajarlah berenang dahulu.
Jika kita mahu dicintai, belajarlah mencintai dahulu..



~CINTA ITU BUTA~


Apa itu KAWAN?

Kawan adalah teman.
Kawan adalah teman di waktu berduka.
Kawan ibarat tangan dan mata.
Saat mata menangis, tangan lah yang menghapuskannya.
Saat tangan terluka, mata akan menangis..






*************************************************************************************


kisah LOVE AND FRIEND


Suatu hari, Cinta dan Kawan berjalan-jalan di sebuah taman. Taman itu terdapat sebuah perigi yang dalam. Sedang asyik berjalan, Cinta terjatuh dalam perigi itu. Kerana Cinta itu Buta.

Kawan segera menyelamatkan Cinta. Kerana Kawan sanggup melakukan apa sahaja demi Cinta.

Apabila Kawan sampai di dalam perigi, Cinta hilang. Kerana Cinta itu halus. Cinta sukar dicari apatah lagi di dalam perigi yang sangat gelap dan dalam.

Kawan terus mencari dan mencari Cinta. Walau di dalam perigi yang entah ke mana arah tuju. Kerana Kawan sejati setia menunggu.

RESIDENT EVIL

pernah tak anda anda semua terfikir nak jadi superhero? aku pernah.. aku nak jadi 'alice' watak kat Resident Evil. biarlah..aku nak jugak berangan.. :p

best nya kalau dunia ni memang betul-betul ada orang yang macam tu. ada BATMAN, SPIDERMAN , CICAKMAN, KLUANG MAN... tapi kalau macam tu polis tak banyak buat keje lah.ish2..tau2 orang jahat dah ada kat dalam lokap.kalau macam tu, semua orang jahat takut nak buat jahat. haha..semua baik-baik ek.

cerita resident evil ni pasal Alice yang pada mulanya orang biasa jer..tapi lepas tu dia kena tangkap ngan Umbrella Corp. Umbrella ni jahat..Umbrella ni jugak yang buat Alice jadi terror.ntah macam mane tah. apa yang dia letak tak tau lah.. huhu.. pastu Umbrella corp ni juga lar yang buat semua orang jadi zombi... WAARGGGGGGHHHHHH!! AKU NAK MAKAN DAGINGGGG!!!! WARGHHHH!!!
hahahaha....

kenapa suka watak ALICE :

1) gaya itu penting..




tu tengok..ada gaya tak? macho ar..walaupun dia girl..suka tengok gaya. pegang senapang..pistol..wahhh..minat..

2 ) keberanian

haha..resident evil ni lawan zombi. alice ni berani lawan zombi. dia tak takut pun kene gigit ngan kene makan. hehe.. walaupun dia tu perempuan, dia tetap selamatkan orang daripada kene gigit ngan zombi. gentle nya ...haha

3 ) sebab dia perempuan

banyak-banyak cerita kat dunia ni, selalunya heronya lelaki. tapi ada lah perempuan. macam Charlies Angle..

setakat ni aku dah tengok semua cerita ni. best-best. yang baru hari tu aku tengok kat wayang.. 1st time tengok resident evil kat wayang. memang gile best. haha..
tak bosan..

oke okeh~~ thanks baca yer.. da~~~

REHAT MINDA



selepas penat otak ni berjalan, tak berhenti selama 6 bulan, sekarang sudah masanya aku rehatkan minda. mesin pun ada rehat..apa lagi otak. sewel kang. siapa nak tanggung..?hehe.. study penat lar..apa nak buat... dah nama student. lainlah kalau namanya worker. huhu.. kenapa kita kene study?? nak senang kemudian hari.. senang tak aku nanti? insyaALLAH..dengan usaha aku. berkat doa mak abah adik abang.. dan mak angkat aku. mak angkat aku pernah berpesan ::

"asalamualaikum su.. mak ni.. seronok tak belajar kat sana? mak hanya dapat mendoakan dari jauh moga-moga su tercapai cita -cita su. walaupun su anak angkat mak. tapi mak tak keberatan nasihatkan su. agar su jaga pergaulan. dari segi pakaian mak tengok su ok. su jangan sampai terjerumus ke.... ingat pesan mak tau. su jauh ngan keluarga . tetapkan iman . jauhkan dari godaan syaitan. "

mak angkat aku pesan dekat sms. bukan face to tace. kalau face to face aku tak tau nak cakap apa. terdiam terus.pastu kuar hujan renyai.ooopsss.. yer..baik mak.su jaga pergaulan. setakat ni aku tak ada lah nak menggatal pun.huhu.. ish...TAK AKAN! jaga pergaulan tu nak... :) jangan sampai terjerumus.. INGAT TU....
sms ni mak hantar masa aku nak datang UPM. sms semangat dan nasihat namanya.. :P thanks mak..sayang gak mak kat su walaupun just anak angkat. i love u.. <3

habis paper 16hb Nov 2010 jam 7 malam. tarikh keramat..tarikh merdeka..tarikh kebebasan..tarikh penamat..tarikh final..tarikh hohoray...!
tak balik raya untuk pertama kalinya dalam hidup. maafkan ida mak abah..anak mu ini tak balik raya. jangan bersedih tanpa kehadiranku.. antara selangor dan johor. sangatlah jauh..maafkan daku..
.
hari raya korban.aku berkorban waktu tak balik beraya bersama family di kampung.saya sudah berkorban..anda bila lagi?? hehe..

aku tak balik sebab nak rehatkan minda. nak berjalan dulu sebelum balik kampung. rasional tak? sekali sekala kita merasa beraya tanpa family. lagipun raya korban aje. * poyo

kawan aku akan datang. nak berjalan..kami akan meronda kl. naik apa?? naik train lar. apa class naik kereta.. berjalan-jalan sahaja. shoping tidak. window2 jer.. rehatkanlah minda sepuas hati wahai cik HONEY BEE.. hohoho...

thats all.. =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...